Assalamualaikum...
Semalam 17 Mac selamat sudah 2 projek dalam sehari. Alhamdulillah...walaupun terasa penat sangat. Ngantuk. Tapi sekurang-kurangnya masih bernyawa juga aku dalam Kelab Orator tu.
Tarikh: 17 Mac 2012
Tempat: Kolej Kediaman Za'ba, UM
Projek: Bengkel Penulisan Kreatif
Tapi sebelum projek berlangsung sibuklah ahli2 Orator buat persediaan dari pergi beli hadiah, sampul hadiah, set up dewan, buat raptai sampailah berlatih nyanyi. Untuk bengkel penulisan ni pihak kelab jemput Damya Hanna (novelis Bicara Hati) untuk kongsikan pengalaman juga macam2 bimbingan kepada peserta bengkel macam mana nak jadi seorang penulis. Slot untuk Damya Hanna habis lebih kurang dalam pukul 11 pagi sebab petang tu dia kena pergi tempat lain pula. Peserta bengkel pun berpeluang tanya macam2 pada Damya Hanna. Yang penting aku dapat tangkap gambar dengan dia hokeyyy....ngee~
Diya, Damya Hanna, Ain, Aku
Bergambar dengan peserta bengkel
Bengkel habis dalam pukul 1 petang lepas tu ada post mortem sikit. Lepas tu kita orang balik bilik rehat sekejap. Lepas tu pukul 3 turun dewan untuk reheasal untuk program malam pula. Dapat la aku lelapkan mata sekejap walaupun ngantuk yang teramat sangat.
Program: Malam Warisan Pujangga
Program ni mula pukul 9 malam. Tapi standard la kan, disebabkan banyak rintangan dan halangan *ececehhh program lewat setengah jam mula. Tahun ni penyertaan ada la dalam 5 kumpulan jek. Al least meningkat dari yang lepas cuma 3 kumpulan jek. Sedih. Juri untuk malam tu ialah Amran Ibrahim Rashidi dengan Abang Aril Efzueni. Abang Aril sebenarnya super senior dalam kelab Orator ni. Kira macam alumni jugak la. Tapi yang best nya, En. Amran tu share banyak benda bukan setakat bagi komen pasal persembahan peserta, siap bagi tips lagi kat peserta. By the way, thanks sangat2 sebab jadi juri untuk program kami.
Taklimat dulu. Sebelum kerja tangkap gambar dulu.
atas: antara peserta
bawah: Amran Ibrahim Rashidi & Aril Efzueni sebagai juri
Lepas habis program pun sempat posing jugak. Wajib...
Naik bilik lebih kurang dalam pukul 2 pagi. Lepas penat kerja plus makan bihun goreng memalam buta dengan kuih plus tunggu semua juri, pengetua puas borak sambil makan. Lepas tu ada post mortem sikit. Kemas2 lepas tu terus naik bilik. Terus terbongkang tidur. Sekian penat membebel...Hollaaa...
No comments:
Post a Comment