Sunday, April 1, 2012

Longgokan berlonggok


Assalamualaikum...
*mood cuti sem, so boleh taip pepanjang


Hari ni pun dah masuk 1 April. Terlalu banyak benda yang berlaku dalam bulan Mac. Banyak event aku handle n aku attend jugak. Ada yang sempat update ada yang tak. So, hari ni aku rasa better nak longgokkan semua event yang terlepas nak update. Even yang sebenarnya dah tersusun elok dekat draft tapi M.A.L.A.S. nak menaip so terpaksa longgokkan jadi satu la kan. Hampeh pemalas...



Lets start...

Program: High Tea HATI 2011/12
Tempat: Semarak Ballroom, APM, UM
Tarikh: 23 Mac '12


23 Mac hari tu ada high tea untuk buat sikit celebration untuk kteorang yg dah pun berjaya organized HATI tahun lepas. n me as the timbalan pengarah jek. Alhamdulillah... Tema hitam putih. Blurrr sebab aku tak ada baju. Fine... nak beli (kat Masjid Jamek jek pun) tak ada duit. Tengah kayap. Last2 tu ternampak my classmate pergi kuliah pakai baju kurung moden ala-ala dress gituhhh terus aku cakap nak pinjam. Express aku tau. Jimat duit. Siap bertuah lagi baju tu. Thanks Atul.





Petang sebelum event kteorang dah sibuk2 hias dewan untuk high tea malam tu. Susun meja, kerusi, tiup belon walaupun asyik meletop n macam2 lagi la. Event start 8.30 malam tapi tetiba aku sampai baru 8 lebih dah start. Warghhh...


Yang penting makanannya sedap yang teramat. Kenyang. Alhamdulillah...
Ada satay kajang, roti jala, cendol, laksa johor, sagu, pulut kuning n macam2 jugak la.



Sambil makan ada karaoke sikit. Lepas tu kteorang perform lagu tema dengan tarian sekali. Rindu gila nak menari wehhh...*tak sangka boleh rindu nak menari even menari macam kayu. ngee~~


Lepas habis tu of course sesi bergambar jek lebih. Cekik cekik cekik *sound kamera




Event habis dalam pukul 11, lepas tapau sikit untuk cik Nad, kteorang cabut awal sebab aku tak berapa nak berani balik sendiri. Gelap wooo...


N my job done...^^peace




Program: FESENI '12 -Boria
Tempat: Dewan Tunku Canselor, UM
Tarikh: 24 Mac '12


Keesokan harinya pulak kena pergi DTC bagi sokongan cik roomate sebab dia masuk boria wakil kolej. Haiyakkk...cayok2...tapi sebelum tu tengah hari temankan Fana, cik roomate lagi seorang shopping barang hantaran plus jenjalan survey kain untuk baju pengantin. Arghhh...serious cantik sesangat. bling bling yuallsss...terus jatuh cinta kat weeding dress yang kuning menyerlah tu. ngee~~


Sampai kolej dah agak petang jugak. Lepas tu cik roomate ajak ke DTC. Layan jek...KK7 perform nombor 4. Time aku sampai tu baru start jugak la. Sempat jugak tengok...




And at last, KK7 dapat nombor 4 dari 5 kolej yang hantar wakil. Hokeyy what dari kalah terus kannn...Gigih deorang berlatih sampai 2 3 pagi. Balik bilik jek terus terbongkang si cik Nad nih. Kepenatan yang amat terserlah. Btw, good job cik Nad. Hehehe...




Program: Konsert Amal Kinabalu
Tempat: Kompleks Perdana Siswa, UM
Tarikh: 25 Mac '12


Last event yang aku attend ialah konsert. Warghhh!!! konsert tau! tapi tu konsert amal anjuran KK8 la. Tak baik tau yuallsss nih. Aku ni kekadang layan jugak konsert ni. Ingat aku ni jenis baik sangat ke. Hohoohohoo...pengakuan nih. Actually teman Ain, cik roomate *roomate LAGI...bhahaha...dia beria-ria sangat nak tengok pesawat. Aku on jek, kesian pulak. Kempunan nanti (sorry Ain :P) Tapi aku tak kisah pun.


Antara artis yang ada Pesawat, Monolog, Imran Ajmain, n artis2 dari KK8 jek. Best sangat tengok performance malam tu. Bagi aku adalah lebih bagus tengok konsert dekat dalam U or mana2 tempat tertutup dari konsert yang outdoor. Yelahhh...kalau outdoor kan kena bersesak2 dahulu berpengsan2 kemudian kannn...ngee~~


Disebabkan kamera olympus aku macam harammm jek, tak boleh nak take photo indoor nanti nampak gelap n kekadang kabur jek, so tak dapat la aku nak tangkap gambar bebanyak tau. Sedih. Cuma video jek yang banyak. Rasa2 macam nak angkat DSLR satu jek. Warghhh...siapa nak bagi duit kat aku ni. Nangis.



Ini jek gambar yang selamat dipaparkan umum. Sedih.


Monolog buat first performance. Dia bawa lagu Jangan puja sampai kecewa, chinta dan hapuskan air di matamu. Pesawat nyanyi lagi twisties mesti mau, mirage, brand new day n ntah apa lagi aku tak ingat. Hehehe... Imran Ajmain pulak mestilah wajib nyanyi lagu seribu tahun dengan selamat ulang tahun sayang. Plus lagu baru yang ada kaitan dengan palestin kot, aku pun tak berapa pasti n lagu baru dia yang lain. Lupa tajuk. The best part is, time lagu selamat ulang tahun sayang tu aku boleh pulak TERnangis. Walawehhh...sentap. Tetiba TERINGAT punya pasal la nih. Pasal apa??? arghhh...tak payah story sini. Kang tak pasal2 ada yang stalker blog aku pasal nak cari bukti kononnya. Nyampah tau!!!



Damn...banyak sangat aktiviti untuk bulan Mac. Sekarang dah bulan April. Rasanya lagi banyak aktiviti. Naik cuti ni jek dah ada 3 program menanti. Pengsan.

lagi banyak gambar kat SINI


No comments: