Thursday, March 21, 2013

One Million Women Purple Walk

Assalamualaikum dan hai semua...

Rasanya macam dah lama i tak update pasal aktiviti outdoor. Dekat facebook pun dah lama tak upload gambar penuh satu album. Getting old maybe wa wa wa wa... oh by the way, ni tahun akhir i duduk KL (mungkin). Jom layan cerita ni...


Program: One Million Women Purple Walk
Tarikh: 17 Mac 2013 (Ahad)
Tempat: Putrajaya


Nak dijadikan cerita, i bagi nama dekat Aisyah (as the leader). Sebenarnya program ni berlangsung pada 10 Mac tapi atas sebab tertentu dah ditunda ke minggu depan. Pagi ahad kami berkumpul 6.30 pagi tunggu pakcik bas ambil dekat kolej. Disebabkan i duduk bilik sendirian (roomate balik kampung) maka terlambat lah i bangun dan bersiap. Bangun dah awal sebenarnya. 5.30 dah bangun, but then berkira-kira nak pergi mandi seorang-seorang. Takut wooo...Last-last pukul 6 baru mandi lepas tu siap-siap dengan kadar yang sangat kelam kabut. Nasib malam sebelum tu dah ready apa yang patut nak diguna untuk pagi ahad. 


Ok, sampai jek Putrajaya terus nampak ramai orang macam semut dengan baju purple dan merah. Oh, kami dapat baju merah sponsored by KPT. Thank you. Sampia-sampai jek Petir (wakil HEP yang uruskan kami) suruh stay depan stage. Untuk aerobik. Nak suruh stay depan sangat kan?! Memang terpacak la cameraman a.k.a photographer kat depan muka cik kiah hoi... Joget-joget macam apa ntah kat depan abang cameraman tu. Buat malu jek. Oh, aerobik tu di handle oleh student (mungkin) dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri. Wa wa wa wa teringin nak jadi macam mereka. ceh ==' Ah dah lama rasanya tak buat aerobik macam tu. Eh time aerobik ni aku tak ada gambar la pulak. Tunggu gambar dari cover story surat khabar jek wa wa wa wa dah berangan.


 Muka sebelum aerobik. Senyum.


Muka letih lepas aerobik. Penat.


Lepas aerobik barulah mula program women walk tu. Dah nama pun walk kan, wajib la jalan walaupun i rasa macam jalan lenggang mak limah jek (atas sebab ramai orang-berhimpit himpit bagai) sampai a ke main stage untuk perasmian oleh PM. Tapi mula jek PM berucap, kami dah penat dah berdiri tengah panas. Apa lagi terus cari port nak duduk. Pergi duduk kat tangga depan Istana Kehakiman tu.


                                      


Sambil jalan pun sempat posing


Sebelum cari port untuk duduk. Ni area depan-tepi main stage.


Lepas tu, tengah duduk rehat tetiba i nampak kelibat (ceh skema betul guna kelibat) Francisca Peter. Live.


 Yeah, artis mood, on!


background cool babe wa wa wa wa

Lepas tu (untuk makluman i memang suka guna 'lepas tu') jenjalan tengok kawasan. Dah macam abang kawasan pulak bunyinya lalalala... Ok, dapat milo free. Teringat zaman sekolah rendah dulu selalu dapat milo free yang beratur panjang-panjang kat lori milo semata nak dapat milo free even satu cup kecil jek. Heaven. Lepas tu ronda-ronda dekat karnival. Jual macam-macam tapi hanya mampu cuci mata jek. Tapi sekali lagi artis mood, on! 

                                      
Yeah, jumpa Siti Fazurina. Dia cakap beli air dulu baru boleh ambil gambar. Beria Ain pergi beli air dia wa wa wa wa. Padahal orang lain selamba jek ambil gambar dengan dia, lalu lalang. Tak kisah.


Ok, lepas tu dapat oat (agaknya lah) yang ala-ala corn flakes dengan susu sekali. Free jugak. Dekat lori dia. Oh sangat seronok penat-penat dapat minuman free. Walaupun satu cup kecil jugak. Oh lepas tu tengok split dance. Budak-budak yang perform. Ah tak best. Tak tradisional. Cuba la bagi zapin ke inang ke yang tradisi sikit. Hadoi rosak budaya. Apa pun tak boleh. 

                                   
budak yang pakai topi putih tu macam yang berlakon dalam Qalisya pulak rasanya.


Lepas split dance habis, terus pergi posing kat backdrop atas stage tu. Bukti kita orang join program ni.






Peace!!! I love purple (:

Bila dah penat baru tahu lapar. Baru tahu nak cari makanan. Kita dapat makanan free. Terima kasih lagi. Sedap. I makan dua bungkus wa wa wa wa..on the way nak pergi ambil makanan tetiba terjumpa Hazwan...hahahaha kata i poyo konon. i ni kan pemalu kikikiki [Ah rindu nak kumpul dengan kawan-kawan HS] 

Kaki letih gila dengan tunggu bebudak lain yang lambat, terus kita orang pergi naik bas. Balik UM. Lepas tu, habis cerita. Oh, i dapat air satu kotak sebab tak ada orang nak dan tak ada yang sanggup nak angkut sampai bilik. Sampai jek bilik tetiba rindu kat katil. Bersihkan diri, makan, basuh baju terus terbongkang tidur sampai petang. Penat tapi enjoy. Sebab dah lama tak keluar tengok dunia. 

Ah, panjang bebel. Selamat membaca. (:



No comments: