Wednesday, August 17, 2011

Kerana Kasih Ku Relakan - Part 1


1 message received. From: my baby.
“Sayang, petang ni kita jumpa tau.Nanti I ambil youdekat rumah ok.”
Isyarat mesej masuk itu sahaja sudah membuatkan hati Hani berdenyut laju.Berdebar. Petang ini Adam akan berjumpa dengannya setelah hampir 2 minggu Adam out station.
.......
Seperti yang dijanjikan. Tepat jam 3 petang Adam sudah pun berada di hadapan rumah kekasih hatinya. Hani bagaikan tidak sabar untuk berjumpa dengan Adam. Dengan hanya menggayakan jeans dan dress yang sedikit terdedah di bahagian dadanya bersama handbag dari Gucci menampakkan keayuannya bak model yang sentiasa kelihatan cantik di mata orang ramai.
Di dalam kereta Hani seperti saja mahu memeluk erat kekasihnya kerana sudah lama tidak berjumpa.Tetapi kelihatannya Adam seperti hanya mahu berdiam diri. Itulah Adam. Sejak dikenalinya, Hani sudah masak dengan perangai kekasihnya.Adam lebih selesa memandu tanpa berborak tetapi apabila Hani ada bersamanya sudah pasti dia ingin meluangkan masanya dengan Hani.Bertanya khabar.Bergurau senda dan ketawa.Tetapi berlainan dengan hari ini. Hani pula jenis yang tidak akan mengganggu jika Adam berdiam diri.
Di Restoran Indah mereka mengambil tempat di bahagian tepi cermin yang menampakkan persekitaran jalan raya. Setelah waiter mengambil order masing-masing mendiamkan diri sehinggalah Hani memulakan bicaranya.
“Baby, I miss you so much.”
“ Hani, sebenarnya I nak jumpa you ni sebab nak beritahu you something yang penting.”
“Apabie.Cakap la.You dari tadi I tengok senyap jek.”
“Sebenarnya…I nak break dengan you. I’m sorry sayang. I tak bermaksud nak kecewakan you. I love you so much. Tapi…”
Mendengar penjelasan dari Adam seperti mendengar dentuman guruh di langit yang mampu menggegarkan dirinya.Tidak disangka selama ini Hani setia menunggu kekasih hatinya pulang dari outstation hanya membawa khabar buruk untuk dirinya.
Walau apa pun, Hani berlagak tenang di hadapan Adam.
“Tapi apa Adam? You nak cakap dengan I yang you dah jumpa orang lain, kan.” Tenang saja Hani melontarkan soalan. Setelah apa yang didengar, Hani terus menukar panggilan untuk Adam. Dalam diam hatinya bagaikan disiat-siat halus.
“Maafkan I, Hani. I tak bermaksud nak mempermainkan perasaan you.”
“Tak apa la. Mungkin I faham or I akan buat-buat faham situasi you.”
“I’m sorry.”
Rasanya tiada apa lagi yang perlu untuk Hani terus berada di meja itu sedangkan Adam sudah pun memutuskan perhubungan cinta yang mereka bina selama 3 tahun. Tak tahu mana silapnya. Akhirnya Adam melepaskan Hani hanya kerana seorang perempuan lain. Mungkin kah silapnya pada Adam.Atau Hani sendiri.Mereka tidak tahu.
Berlalu Hani pergi menuju ke pintu keluar restoran itu.Tanpa disedari air mata telah pun membasahi pipinya. Hani yang tadi kelihatan tenang di hadapan Adam akhirnya menitiskan air mata kecewa atas apa yang baru saja berlaku.
Tiba-tiba Adam terdengar bunyi satu dentuman kuat yang pastinya datang dari arah luar.Di jalan raya.Tiba-tiba Adam teringatkan Hani.Orang ramai terus mengerumuni tempat itu.Begitu juga Adam.
“Sayang!!! Please bangun, Hani. I’m sorry.”
Timbul penyesalan dalam diri Adam.Tetapi semuanya telah terlambat.
Adam hanya mampu menjerit nama Hani bila melihat Hani terbaring di jalan raya dengan berlumuran darah. Hani dilanggar sebuah kereta proton apabila Hani cuba untuk melintas menuju ke seberang jalan itu. Tetapi mungkin disebabkan masih lagi terngiang kata-kata Adam di dalam fikirannya, dia tidak mampu memandang persekitarannya.Dirinya ketika itu sedang kusut.
…….
Di luar bilik kecemasan itu terlihat wajah-wajah kerisauan kaum keluarga Hani.Adam masih berada di situ bersama mereka. Telah diceritakan segala-galanya apa yang berlaku sebelum Hani kemalangan. Namun, keluarga Hani tidak menyalahkan Adam atas apa yang berlaku. Mungkin sudah takdir Allah.
Setengah jam menunggu akhirnya seorang doktor keluar dari bilik itu. Doktor menerangkan tentang keadaan Hani.Hani kini masih belum sedarkan diri.Doktor memberitahu kaki kanan Hani patah dan bahagian muka sebelah kanan sedikit cedera.
“Ya, Allah.Maafkan hamba-Mu ini.Kerana aku Hani jadi begini.Aku berdosa ya Allah.”
Hanya penyesalan yang berada di dalam fikiran Adam ketika ini.Semenjak itu dia sering menyalahkan dirinya sendiri.
Selama seminggu Hani di hospital tidak jemu-jemu Adam menjenguk Hani.Tetapi Hani masih tidak sedarkan diri.Bersilih ganti dengan ibu Hani, Adam menjaga Hani.Walaupun pada hakikatnya dia tahu yang dia telah pun memutuskan hubungan mereka.
Dan sejak peristiwa itu juga lah Adam telah memutuskan hubungannya dengan kekasih hatinya yang baru itu.Dia tidak mahu berlaku kejam pada Hani.Adam sayangkan kekasihnya tetapi dia yakin yang dia juga masih sayangkan Hani.
…….
Adam baru saja mendapat khabar berita yang Hani sudah sedar.Mahu saja dia terus bergegas ke hospital menemui Hani tetapi dihalang oleh ibu Hani.
“Jangan, Adam. Hani cakap dia tak nak berjumpa dengan sesiapa sekarang ni. Lagi-lagi kamu.Mak cik harap kamu faham.”
Adam tahu pastinya kini Hani sudah benci ingin melihat dirinya setelah apa yang berlaku kepada diri Hani. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga.Adam memutuskan hubungan cinta mereka.Kini, Hani menjadi cacat akibat kemalangan ekoran dari peristiwa itu. Ya! Pada Adam juga Hani bebankan dengan kesalahan itu.Bagi Hani semuanya kerana Adam.
“Aku benci kau!Aku benci kau!”Hani menjerit-jerit sambil mencampakkan segala barang yang ada.
Kerana Adam Hani menjadi cacat begini.Kerana Adam kakinya patah, mukanya berparut.Kerana Adam juga hatinya bagaikan hancur menjadi serpihan kecil.
“Sampai hati Adam buat Hani macam ni. Aku benci kau!!!”
Begitulah sejak keluar daripada hospital.Hani sering menjerit mengatakan bencinya kepada Adam.Sebulan Hani menjadi seperti itu.Keluarganya menjadi risau dengan keadaan Hani.Sehingga kini juga Adam tidak dibenarkan melawat Hani walaupun sekejap.Hani tetap tidak mahu berjumpa dengan sesiapa.Hidupnya kini hanya di dalam bilik tidurnya.Ditemani dengan kerusi roda yang memudahkan dirinya bergerak.Cuma sekejap-sekejap keluarganya menjenguk Hani dan menghantar makanan.Hani malu untuk berjumpa dengan orang.
Hani sekarang buka lagi Hani yang dulu.Hani sekarang sudah cacat.Dia tidak mahu orang memandang jijik padanya dan mengata perihal dirinya.Itulah sebabnya Hani memilih untuk mengurungkan diri di dalam bilik. Tiada siapa yang akan berjumpa dengannya. Termasuk Adam. Orang yang kini dibenci.
Adam hanya akan menelefon ibu Hani untuk bertanya khabar tentang Hani. Kehidupan Adam kini juga bukan seperti dahulu.Kini Adam kelihatan tidak terurus.Sentiasa memikirkan tentang Hani.Adam rasa bersalah terhadap Hani.Dia ingin menebus kesalahannya tetapi tidak tahu bagaimana.
*bersambung...

No comments: