Wednesday, August 17, 2011

Kerana Kasih Ku Relakan - Part 2


Kini, sudah hampir setahun Hani mendiamkan diri tanpa berjumpa dengan sesiapa.Tetapi dia merasa hairan kerana setiap kali dia bangun tidur pada keesokan harinya pasti ada sejambak bunga ros dan sebungkus coklat Cadbury kegemarannya.Ditanya kepada ibu siapa yang memberi.Ibu hanya mendiamkan diri.Hani menyangka pasti ad yang datang melawatnya.Tetapi kenapa setiap hari?Tetapi tanpa berjumpa dengannya?Hanya bunga dan coklat sebagai pengganti diri.Mungkin.
Dia masih ingat lagi sejak kemalangan itu menimpa dirinya, dia berpesan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa.Mungkin pelawat itu begitu akur dengan tindakannya.Tetapi kenapa?Persoalan itu dibiarkan sahaja tanpa sebarang jawapan.Tiada sebarang kepentingan untuk dirinya. Setiap hari juga bunga itu hanya menjadi habuan ke dalam tong sampah dan coklat itu akan disimpan oleh orang gajinya. Coklat itu sememangnya kegemaran Hani.Tetapi itu dulu.Tidak lagi sekarang. Sekarang coklat itu hanya akan mengikatkan Hani kepada Adam. Hani tidak mahu lagi ada apa-apa kaitan dengan Adam.Dia mahu melupakan lelaki itu.Buat selama-lamanya.
Hinggalah suatu pagi, Hani bangun seawal pagi untuk breakfast bersama keluarganya. Tiba-tiba Hani terdengar ibunya berbual dengan seseorang di ruang tamu.Mungkin kah itu orang yang sering memberikan bunga dan coklat setiap hari.Hani memberanikan diri menjenguk ke ruang tamu.Terperanjat dia apabila melihat Adam yang berada di situ.
“Ibu, apa dia buat dekat rumah kita ni? Kenapa ibu benarkan dia datang sini? Kan Hani dah beritahu…”
“Hani, bincanglah dengan Adam baik-baik.”
“I tahu you tak nak jumpa sesiapa. Lagi-lagi I, kan? Jangan salahkan your mom.I yang nak datang sini.I just nak tebus kesalahan I, Hani.”
“Kesalahan apa you dah buat?”
“Hani please jangan buat I macam ni. I’m sorry. I memang tak ada niat nak sakitkan hati you. Kalau la I tahu macam ni jadinya. I tak akan lepaskan you dulu.”
“You cakap apa ni? Memang la you tak tahu nak jadi macam, kan. Lepas tu you akan cakap sebab semua ni takdir Tuhan. Drama lebih la you ni.”
“Hani, I tahu I yang salah. Please maafkan I.”
“Kalau I maafkan you, apa yang I dapat? I akan dapat kecantikan muka balik? Or I akan dapat kaki I yang dah patah ni? Tak pun hati I yang dah hancur?”
“Hani, I dah sedar sekarang.You the only one that I love, sayang.The only one. Please maafkan I. I akui memang I tak dapat kembalikan diri you seperti dulu.Tapi I dah cukup terseksa selama you terlantar dekat hospital dulu.I putuskan hubungan dengan my girlfriend.Lepas tu I kena buang kerja.Hidup I tak tentu arah, Hani.”
“Setakat tu jek you kata you dah terima balasan? Senang, kan? Tapi semua tu tak setimpal dengan apa yang I rasa. Cacat yang I dapat sekarang ni siapa yang tanggung? Sakit dalam hati I ni siapa yang rasa? I sorang je yang rasa. Tak siapa pun tahu macam mana perit I tanggung sendiri.”
“I tahu semua tu Hani.Tapi bagi la I peluang untuk I tebus kesalahan I.”
“Sudah la, Adam. I penat la nak dengar you membebel pagi-pagi buta ni. You better go home.”
Selamba saja Hani berlalu menaiki tangga terus masuk ke dalam biliknya.Tinggalkan Adam sendirian. Kini, Adam tak tahu nak buat apa lagi. Hanya kata maaf yang diperlukan dari Hani.Adam inginkan Hani yang dulu.
…….
Di dalam bilik Hani hanya mampu menangis mengenangkan dirinya yang sebenarnya tidak mampu berhadapan dengan Adam tadi. Sebenarnya sudah lama Hani memaafkan Adam atas apa yang berlaku. Tetapi Hani mahu Adam tahu yang dia perlu merasa bersalah atas segala apa yang telah dilakukan. Biar Adam rasa apa yang Hani rasa selama ini.
Ketukan pintu melihatkan ibu Hani menjenguk Hani di dalam bilik.
“Kenapa Hani buat Adam macam tu, nak.Tak baik.Niat dia ikhlas.Nak tebus kesalahan dia. Dia dah menyesal.Hani maafkan la dia ye nak.”
“Ibu, kenapa semua ni jadi dekat Hani?Hani tak sanggup nak hadapi semuanya bu. Dulu Hani sayangkan dia tapi dia curang.Dia putuskan hubungan kami. Dia juga yang menyebabkan Hani jadi macam ni. Kemalangan sampai cacat macam ni. Kenapa ibu?Apa salah Hani dekat Adam?”
“Hani, setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.Kenapa Hani cakap dulu Hani sayangkan Adam?Sekarang dah tak sayang ke?”
“Hani benci Adam sejak dia putuskan hubungan kami, bu. Hani dah tak sayang dia lagi. Sebab dia dah sayangkan orang lain. Kenapa Hani mesti sayang dekat dia lagi, kan bu?”
“Betul tu. Tapi kalau Hani nak tahu sejak dari dulu lagi sampai la sekarang ni Adam masih sayangkan Hani. Hani nak tahu tak.Sejak Hani masuk hospital hari tu, Adam bergilir-gilir dengan ibu untuk jaga Hani.Siang malam dia ada dengan Hani.Sebab tu juga la Adam putuskan hubungan dengan girlfriend dia. Sebab tak tahan dengan perangai girlfriend dia dan yang paling penting Adam nak jaga Hani.Bila Hani dah sedar dah dapat balik rumah, Adam sedih.Sebab tak akan dapat jumpa Hani lagi sebab Hani kata Hani tak nak jumpa sesiapa termasuk Adam.”
“Tapi Hani tak suruh dia buat semua tu pun ibu.”
“Kita kalau dah sayangkan seseorang tu, apa pun kita sanggup buat Hani. Itulah apa yang Adam cuba buat. Percayalah cakap ibu.Adam masih sayangkan Hani. Bunga dan coklat yang hari-hari ada dalam bilik Hani tu pun Adam yang bagi. Setiap hari Adam akan datang melawat Hani sebelum dia pergi kerja. Dia gembira walaupun dapat tengok hari dari pintu bilik je.Hargailah kasih sayang dia. Maafkan dia, Hani.”
“Ibu, tapi Hani tak sayangkan dia.”
“Tak apa.Ibu faham.Cuma Hani perlu maafkan dia. Terima dia semula.Mungkin Hani boleh terima dia sebagai kawan.Mesti dia gembira.”
…….
Hari ini ibu Hani mengajak Adam makan tengah hari bersama-sama.Sudah pasti ini berita gembira untuk Adam.Mungkin kah Hani sudah memaafkan Adam.Itulah yang Adam harapkan selama ini.
Setelah mendengar segala apa yang diluahkan oleh ibunya semalam, Hani rasa tidak adil bagi dirinya untuk terus menyalahkan Adam. Hani bukanlah seorang yang kejam sehingga sanggup menyimpan dendam pada orang.
Di meja makan Hani hanya mendiamkan diri sehingga selesai menjamu selera. Adam percaya Hani masih lagi bersikap dingin dengan dirinya. Tetapi Adam tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia dapat bertemu muka dengan Hani. Mungkin ia tidak seperti dulu. Tidak semesra dahulu. Sejak hari itu juga ibu Hani sering saja mengajak Adam untuk makan tengah hari bersama. Kadang –kala juga untuk makan malam. Sehingga suatu hari ketika Hani telah masuk ke dalam biliknya seperti biasa menyembunyikan diri daripada Adam, Adam telah menyatakan hasratnya untuk melamar Hani menjadi teman hidupnya.
“Pak cik, mak cik, niat saya ikhlas untuk memperisterikan Hani. Saya masih sayangkan Hani sampai sekarang. Sana nak tebus kesalahan saya yang dulu. Mungkin dulu saya silap sebab putuskan hubungan kami. Mungkin dulu saya fikir kami sudah tak ada jodoh. Tapi sekarang saya sedar saya tak boleh hidup tanpa Hani.”
“Pak cik dan mak cik ni insyaAllah setuju sangat kalau kamu dah berhajat begitu. Cuma yang pak cik risau kan tu si Hani. Keputusan di tangan dia. Lagipun kami ni dah lama kenal kamu. Apa-apa pun kamu berbincanglah dengan Hani.”
“Terima kasih pakcik makcik. Saya janji tak akan lukakan lagi hati Hani. InsyaAllah.”
*bersambung...

No comments: