“Ada apa you nakjumpa I? Dah tak boleh nak cakap dekat rumah jek ke?”
“Hani, I nak bincang dengan you sesuatu yang penting.”
“Dalam hidup I dah tak ada yang penting melainkan diri I sendiri, Adam.”
“I tahu I salah.Tapi itu dulu, kan. I tahu you dah pun maafkan I. Thanks sayang.”
“Stop calling me sayang please. Meluat la.Huhhh…senangnya you cakap I dah maafkan you.”
“Hani, will you marry me?”
Hani kehairanan. Benarkah apa yang didengarnya tadi? Adakah Adam sedang melamarnya? Hani terus memalingkan mukanya. Marah.
“You jangan nak main-main dengan benda ni la. I tak suka.”
“Siapa kata I main-main? I tengah serious ni. Sudi tak you kahwin dengan I jadi teman hidup I?”
“I… i… I kena tanya my parents dulu.”
“Semalam I dah bincang dengan your parents pasal ni. Mereka setuju. Cuma tunggu jawapan daripada you jek, sayang.”
“Atas sebab apa yang I perlu terima lamaran you? Bukan ke kita tak ada apa-apa hubungan sebelum I kemalangan lagi.”
“Sayang, I tahu you masih sayangkan I, kan. I pun masih sayangkan you. Tak pernah berubah. Please give me your answer.”
“Tak pernah berubah? Huhhh… mulut manis memang pandai bercakap jek.”
“Hurmm…taka pa lah. I pun tak nak paksa you. You fikirlah baik-baik. Apa pun jawapan you, I akan terima. Tapi sekarang I macam dah tahu apa keputusan you. Thanks.”
Adam berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan Hani keseorangan di tepi tasik itu. Bagi Adam, melihat kepada reaksi Hani dia sudah tahu apa jawapan yang akan didengar. Tetapi dia tidak mahu berputus asa. Adam masih memberikan Hani masa untuk berfikir. Bagi Hani pula, lamaran Adam seolah-olah permianan dalam kehidupannya. Hani tidak mahu lagi terluka. Tetapi sepertinya Adam kelihatan benar-benar ikhlas terhadap dirinya.
…….
‘I pun masih sayangkan you. Tak pernah berubah.’
Kata-kata itu asyik terngiang-ngiang di telinga Hani. Jika benar kasih sayang Adam tak pernah berubah, kenapa Adam sanggup putuskan hubungan mereka hanya kerana orang ketiga. Kenapa mesti dirinya yang menjadi mangsa lelaki sepertinya.
Pagi tadi Hani sudah pun sah menjadi isteri kepada Adam. Tidak tahu sama ada keputusan yang Hani buat itu betul atau tidak. Dia reda. Sekiranya benar Adam masih sayangkan dirinya, dia bersyukur atas segalanya. Tetapi untuk kali ini Hani perlu lebih berhati-hati dengan perhubungan dan ikatan yang telah sah dibina antara Hani dan Adam. Kini Adam adalah suaminya.
“Thanks sayang sebab terima I dalam hidup you. I janji akan jaga my lovely wife sampai akhir hayat I.”
Hani yang sedang duduk berhadapan dengan suaminya hanya mampu tersenyum gembira. Gembira kerana akhirnya kebahagiaan menjadi miliknya. Benar apa yang dikata setiap kesengsaraan dan kesakitan akan diikuti dengan kebahagian yang insyaAllah kekal abadi.
“Sayang kenapa senyum jek.”
“Senyum pun tak boleh ke?”
“Boleh, sayang. I janji dengan you yang I akan sentiasa buat you tersenyum manis macam ni. I suka.”
“You jangan nak berjanji jek. Buat tak tahu.” Lagak gaya katanya seperti merajuk.
“You can trust me, sayang.”
‘Ya Allah, jika inilah kebahagian yang Engkau janjikan untuk diriku bersama dengannya, aku bersyukur kepada-Mu.’
Hani masih ingat lagi saat Adam mengucup dahinya selepas akad nikah pagi tadi, Hani memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Ketika itu jugalah Hani bertekad untuk memulakan kehidupan baru.
“I percayakan you, bie.”
“Thanks sayang. Sayang… jom.”
“Apa jom-jom! Nah, ambil bantal peluk ni tidur sendiri dekat situ diam-diam.”
T.A.M.A.T
No comments:
Post a Comment