Assalamualaikum
Disebabkan kebosanan terperangkap dalam bilik terkesan akibat daripada kuliah yang cuma dari hari Isnin sampai Rabu jek, common room plan nak pergi Butterfly Park . Yang sebenarnya idea asal my roomate, Ain. Dan aku jenis yang tak berapa kisah sangat nak jenjalan mana pun. Sebab takut dia kempunan sangat nanti nak pergi Butterfly Park, aku ikutkan jek. Aku tak kisah. Sekali-sekala jadi pencinta haiwan best jugak pe...
Pagi sabtu, 25 Feb (semalam) aku terbangun awal. Sebab tak tahan giler sakit pinggang asyik baring jek. Serious tak faham. Kalau baring kat katil tu memang asyik sakit pinggang jek. Ntah kenapa ntah. Planning baik punya, tapi dah nak tengah hari masing2 tak bangun lagi. Hampeh! Fine, tak kisah. Bila semua dah bangun, try tanya siapa nak join. Jawapan menghampakan. Macam takde yang nak pergi. Huhh! aku tak kisah. Yang plan,korang. Aku cuma ikut jek. Dalam main tarik tali tu, at last, pergi jugak.
Siap punya siap...decide pergi naik teksi jek plus sebab langit tetiba mendung dan hujan pun turun. Rupa-rupanya dekat area Butterfly Park tu ada banyak tempat yang best2 macam Bird Park, deer park, Taman Orkid, macam2 lagi. owhhh Muzium Kesenian Islam dengan TV Al-Hijrah pun dekat area situ jek rupanya.
Sampai jek terus cari pintu masuk. Nak bayar tiket. Sekali akak tu cakap tiket RM10. eh?! Bukan RM8 ke akak? Tak la dek. Tu harga lama kot. Owhhh...
Punya la mahal tiket masuk. Time balik tu ada tanya pak cik teksi, kenapa mahal sangat. Maybe sebab maintenence nak kekalkan keadaan tempat tu tinggi sangat kot. Errr...lantak la. aku pun bukan paham sangat.
Masuk jek situ tetiba terover excited sebab nampak rama-rama banyak terbang-terbang. Fuyooo...disebabkan memory card kamera aku kena virus, terpaksalah gunakan khidmat kamera Diya. Sakan lah kalau ada kamera. Tapi rugi jugak kalau pergi jenjalan tapi tak bawa kamera. Nanti tak boleh nak update kat blog jugak. yang penting tak boleh post kat facebook. Bagi orang jealous...bhahahaha
Lupa nak mention...jenjalan kat dalam Butterfly Park tu terasa macam duduk dalam oven yang entah berapa suhu darjah celcius ntah. Panas kemain lagi...kalah jogging keliling UM kau.
Disebabkan banyak sangat bebel, merapu langsung tak ada isi, letak gambar lagi hokeyyy kot.
haiwan lain pun ada jugak la
Berlari-lari nak tangkap rama-rama punya pasal. Yang si cik Nad asyik hilang jek
Si rama-rama jahat. Aku dah la geli. Takut. Boleh pulak dia parking tang situ...sigh =='
Dekat bilik pameran pulak
Lepas penat lelah jenjalan plus tangkap gambar decide terus balik. Naik teksi jek. Next station. SOGO dan Masjid Jamek (sebab ada pasar malam). ngee~~ dalam pada takde duit pun sempat men-shopping-kan diri. Pengsan!
Pengsan sebab??? TERbeli beg yang sangat gorgeous.
No comments:
Post a Comment