Saturday, February 18, 2012

Last Shopping | Voucher Buku


Assalamualaikum


Masa cuti sem hari tu dah habiskan voucher RM100 kat BP Mall. Almaklum la disebabkan cuma aku yang dapat voucher tu, terpaksa la kongsi dengan my adik2. Kesian deorang nak beli buku hape.


ni yang beli kat Popular, BP Mall






Dan disebabkan voucher 1 Malaysia ada lagi RM100, terpaksa la keluar ke Mid Valley untuk menghabiskan voucher tu. TERpaksa? ok tipu. Planning memang nak pergi Jumaat sebab roomate sekalian takde kelas. Pergi shopping 4 orang je. Aku, Nad, Ain dengan Diya. Siap2 lepas tu gerak dalam pukul 2 lebih macam tu lepas orang lelaki balik solat Jumaat untuk elakkan jam kat gate UM tu.


Sampai Mid terus pusing2 jenjalan. Kteorang beli ini


comel tak kita??? ngee~~


Lepas tu cari MPH. Nak habiskan voucher. Pusing punya pusing akhirnya dapat buku yang aku TERingin sangat nak beli walaupun sebenarnya dah baca. Tapi baca tu pun dah berzaman dulu. Sebab dah baca tu lah aku nak beli. Demi kepuasan. Yeah!!! buku motivasi Dr. HM Tuah - Membina Imaginasi Terbilang. Sangat best wokkk...


Nak perhabis RM100 tu bukan main payah la. Dah tak tahu nak pilih buku apa. Pertama kali dalam sejarah kegilaan novel, time ni memang serious tak tahu nak beli novel apa. Padahal bukan main hantu novel sakan. Tapi time ni memang jadi blur tak tahu nak pilih dah. Dari satu rak ke satu rak asyik dok belek sinopsis kat belakang novel jek. Last2 dapat tarik dua novel jek. Entah kenapa sejak akhir2 ni aku minat baca buku motivasi. So, beli jugak la dua buku dengan voucher tu. Plus buku masakan. But please bukan untuk aku belajar masak. Tapi my adik yang kirim. Adik lelaki hokeyyy...confirm akak yang pemalas =='


pesanan dari tukang masak di rumah


Antara yang dapat dibeli dengan voucher


Shopping buku hari Jumaat tapi beratur kat kaunter punya la panjang macam hari ahad je. Punya ramai orang. Nak tebus voucher jugak la of course. Tengok2 jam rupanya dah pukul 5 lebih. Lama gila kat dalam MPH.


Lepas pergi MPH kteorang pergi round Mid tu nak cari kasut. Dengan berplastik2 buku yang berat tu dok jalan. Penat. Last2 kedai yang dicari tutup. Tak tahu la dah tutup or tengah renovate ke hape. Lepas tu kteorang pergi carrefour beli barang keperluan sikit. Sikit??? Hahaha...sampai satu troli carrefour tu penuh, boleh kata sikit.


Antara yang barangan yang dikata sikit. Ni baru separuh. Ada separuh lagi.


Lepas penat lelah bershopping terus nak balik, sedar2 kat luar dah maghrib. Hujan pulak tu. Siap kena beratur panjang kat depan entrance Mid tu semata-mata nak tunggu teksi dalam keadaan hujan. Dari sepanjang-panjang barisan sampailah ke depan adalah kteorang tunggu lebih kurang dalam 45minit. Tungu punya tunggu pakcik teksi pun sampai.


Hokeyyy masing2 angkut dua tiga plastik beg barang dengan aku terpaksa guna kudrat dua tangan yang ada untuk pegang dua beg plastik yang berat plus air mcd dok fikir macam mana nak tolak troli carrefour to ke tepi. Hadoiii...malu tau. Boleh pulak time tolak tu, troli tu bergerak ke jalan. Dah la aku tak cukup tangan. Fine. Tak kisah. Thanks to pak cik yang tolong. Jasamu dikenang. Fine. Tak kisah lagi. Boleh pulak tetiba pak cik teksi tu nak jalan pulak. Pak cik saya tak naik lagi la! Yang deorang pulak dah senang lenang dalam teksi tu tak bagitau pak cik tu yang aku belum naik. Hohoho....sentap wehhh...

At last, sampai jek kolej...macam biasa. Semua dok serbu bilik air. Malam tu aku terbongkang awal atas katil kot. Penat. Apa yang penting...where's the money drop??? Mid Valley hokeyyy...Pokai.

No comments: