Friday, June 21, 2013

Kembara Seni | Perkampungan Mah Meri

Bismillahirrohmanirrohim...


Program: Kembara Seni
Tarikh: 29 Mei 2013
Tempat: Perkampungan Mah Merry, Pulau Carrey



Hai macam biasalah update cerita yang basi. Kalau tak nak baca sila muntah. Sebab dah basi. Ini ialah program jabatan. Maklumlah hanya jabatan kami sahaja (Jab. Kesenian Melayu) yang banyak buat program (selain Jab. Sosio). Program ini diadakan atas desakan dan perintah daripada pihak atasan jabatan (atas kedegilan kami yang tidak mahu menjalankan program walaupun dah ada duit). Dan atas desakan (juga sebenarnya) aku telah dipaksarelakan untuk menjadi ahli jawatankuasa yang terlibat. Peh peh selamba badak jek kan. 


Meeting sehari sebelum program. Memasing buat muka sebab taknak menari. Tampo kang!


Program ini matlamatnya adalah untuk melengkapkan segala misi utama pengkhususan yang ada, iaitu;
(1) bidang pengurusan seni
(2) seni rupa/ seni tampak
(3) seni persembahan


Lets make it short. 


Peace! *pipi tuh pipi tuh*


Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam kot


Kami disambut oleh encik siapa ntah. Lupa pulak nama dia. Dan juga Encik Rashid. 


Eh ni bukan Encik Rashid. Ni aku. blerghhh...


Ini la Encik Rashid.


Sampai sampai jek dekat sana kami diberi minum air ni. Haaa dengar macam pelik kan? Jangan risau, ini air lemon jek. Buat basahkan tekak. Sebab selepas itu kami perlu berjalan kaki ke dalam.


Oh sebelum masuk ke dalam juga, kami diberikan 'songkok' untuk dipakai sepanjang kami berada di situ. Dipercayai bahawa ianya supaya kedatangan kami itu akan dilihat oleh nenek moyang mereka. Bak kata orang kita kena menghormati adat dan budaya orang lain. 


Dikatakan bahawa perahu ini dulunya merupakan juga tempat tinggal masyarakat orang asli Mah Merry ini. 




Selepas itu kami di tunjukkan dengan cara perkahwinan masyarakat Mah Merry tersebut.




Sebelum berkahwin, si lelaki perlu menyelesaikan suatu 'game' dengan cara mengeluarkan bulatan itu daripada bulatan yang satu lagi. Apabila berjaya barulah mereka perlu berkahwin.





Lepas tu baru kami pergi untuk bengkel membuat origami. Oh makcik itu sangat ohsem! Btw, nama makcik tu 'baby' ok. Kau ada? kahkahkah











Tetiba ada omputih datang melawat n join sekali.


Disebabkan nak juga melengkapkan objektif utama program, maka terpaksa juga la menari mempersembahkan tarian yang bajet bagus. Dah la suruh menari masing masing buat muka. Rasa nak tampar jek sorang sorang. Hahaha. Yang jadi bengangnya bila mula mula kata satu kampung yang nak tengok tapi bila tiba sana, memang la kena perform dekat 4 5 orang jek. Serupa tak payah! Dah time macam tu pulak boleh datang sesungut (baca senggugut). Geram hoi geram.











Last sekali ajak semua menari sekali. The best part bila makcik tu menari gila gila. Nasib baik Tini Tinot sekepala boleh layan. Hahaha...


Sesi wajib. Penyampaian cenderahati oleh pengarah program.



Nak balik sudah. Tata.



Untuk adik adik, teruskan kegemilangan jabatan kita. Hidup seni!!! Hee~~


Tamat.

No comments: