Thursday, June 27, 2013

Tempat Keramat


Assalamualaikum...


Sesiapa pun yang merupakan pelajar UM for sure akan buat benda yang sama macam aku buat. Apa yang aku buat? Ahaa...bergambar ber-background-kan logo UM. Tiga tahun aku dekat sini sempat juga bergambar dekat situ. Cuma sebenarnya aku masuk dalam bulan 9 tahun 2010 tapi tak ada pulak gambar time 2010 tu. Semua tu kenangan tau. 


Entah ye entah tidak nanti nanti dah tak jejak UM ni lagi, kan. At least gambar boleh jadi pengubat rindu. Rindu ke? Heh!


Tak tahu la dekat universiti lain ada ke tidak background macam tu tapi yang pasti dekat UM memang jadi tempat wajib bergambar. Tak percaya, google la. Boleh kata bersepah gambar guna background macam ni. 




Oh by the way, tengok dress up masa first year. Ntah pape jek. Ahaa...dengar dengar ada yang bandingkan dress up budak UM dengan budak universiti2 lain terutama UiTM. Budak UiTM pergi kuliah yang lelaki smart gila yang perempuan peh peh kalah artis itu tak masuk yang seksa lagi (baca seksi). Budak2 UiTM kaya2 yuran murah. Boleh la cakap. blerghhh...


Tapi kontra sangat dengan budak UM. Sangat kontra. Budak UM dress up pergi kuliah selekeh jek. Pakai baju biasa baju t-shirt kolej or apa-apa persatuan pun tak kisah. Pakai jeans selipar memang serabai. Cuma ada yang beberapa orang (boleh dikira) bajet hot pakailah yang meleTOP semata nak pergi kuliah. Eh? Haa..itu mungkin kategori yang kaya tapi mostly budak2 UM ni kaya tapi bila sampai UM dah jadi kayap habis. Semua kena telan. [Sendiri faham ye anak-anak] 


Tak percaya dengan fakta ni. Budak UM versus UiTM? Huh! aku dah nampak sendiri time masa pergi interview dekat RTM hari tu. Totally different, babe. Kalau tak percaya jugak, tengok nanti bila dah start kerja. Hee~~ tetiba panjang berjela merepek.


Oh ini pulak masa lepas buat persembahan masa hari koko. Aku main angklung time tu.


Cuma last year jek tak ada gambar single. Hee~~


Lepas ni dunia dah berbeza. Fasa yang seterusnya dalam kehidupan. Mungkin juga jarang update blog ni. Tapi kalau ada apa-apa yang menarik for sure akan update. Walaupun dah basi. 


Oh dekat  tempat keramat ini juga la aku akan konvo nanti. Tunggu gambar konvo aku tau. Tataaa...

No comments: