Thursday, June 27, 2013

Pasca Exam Photo Shoot

Bismillahirrohmanirrohim.....


Tiga tahun lepas ingat lagi emak abah hantar aku masuk ke Universiti Malaya. Sanggup sewa kereta orang sampai sesat sesat nak ke UM lepas tu dok angkut berbeg-beg barang aku. Aku seorang jek (tak ada kawan) masa datang UM. Walaupun Siew Fang, Carmen dengan Fifi pun masuk UM tapi dia orang satu kolej. Aku jek tercampak jauh dari mereka. Aku sendiri. Tapi tak apa. Lepastu aku dapat ramai kawan. Hari ni dah hampir genap tiga tahun aku sambung ijazah dekat UM. Exam pun dah habis. Tinggal nak jalankan praktikal jek. Lepastu insha Allah dah boleh grad. Doakan aku ye.


Kalau nak dicerita mungkin panjang perjalanan aku masa tiga tahun ini. Pengalaman pahit manis sikap rajin yang bertempat dan sikap malas aku yang sangat jelas. Ah rasa tak layak aku duduk dekat UM ni. Maklum lah...UM kan universiti yang berprestij. Orang orang pandang tinggi pada budak2 UM sama macam tingginya rangking UM. 


Dalam blog ni banyak aku cerita kenangan aku masa dekat sini. Mungkin nanti boleh la jadi kenangan untuk aku. Mana tau bosan2 pun boleh baca nanti. Hari ni dah seminggu aku duduk dekat rumah sementara menanti nak mula praktikal. Oh ya aku dapat praktikal dekat Yayasan Warisan Johor (bawah Galeri Seni Johor). 01 Julai ni dah start dah. Nervous. 


Sebenarnya tak tahu nak story apa just nak share moment last day exam hari tu dengan budak2 jabatan. They're awsome. Sayang dia orang ketat ketat. Oh sebelum tu masa last kuliah sempat juga bergambar dengan beberapa orang lecturer. Malas nak taip panjang. Jom tengok gambar jek. 



Gambar dengan Prof. Amri Marzali. Prof ajar subjek Hukum Adat Melayu


Ni pulak En. Nazzri. Ajar subjek Pemeliharaan Khazanah Seni di Alam Melayu.


Harap-harap semua paper yang aku ambil sem akhir ni dapat markah yang terbaik dan setimpal dengan usaha yang aku buat. Aminnn...


Lepas jek habis exam Khazanah haritu, kita orang decide nak ambil gambar sama-sama. Buat kenangan sebelum grad. Eh korang, harap grad nanti kita ambil gambar sama-sama ea. Habis jek exam terus kumpul reramai dan ambil gambar dekat exam hall.













Lepas seronok posing gambar dekat exam hall siap cari port yang cantik nak bergambar. So, apa lagi kami pergi la DTC gara-gara nak ber-background-kan UM 2013 tuh. Tempat keramat tu. Tiap tahun wajib ambil.



















Haaa...boleh tak kata ni semua gambar pra-graduate kita orang. Hehehe...Insha Allah time grad nanti kita semua akan berjumpa lagi. 


Walaupun satu jabatan tapi kami banyak tempuhi suka duka pahit manis gaduh sama sama. Kalau diingat balik memang rasa kelakar sangat. Dah macam budak budak jek gaduh. Tapi sebenarnya itu semua yang mengekalkan lagi hubungan rapat kami sampai hari ini. Hanya jauhari mengenal manikam. Dan hanya kami yang mengenali sesama kami. Terima kasih untuk memori tiga tahun ini. Bak kata Zaki, kita akan naikkan list siapa yang akan kahwin dulu. Tapi yang penting, siapa yang dapat kerja paling gempak. Insha Allah nanti nanti kita buat reunion yang betul betul walaupun haritu plan bagai nak rak nak pergi makan ayam golek semua. Kesian korang. 


Untuk kawan kawan Jabatan Kesenian Melayu, terima kasih untuk semuanya. 


Ikan di laut, asam di darat,
Dalam jabatan, bertemu jua.


Dari utara sampai selatan,
Setiap satu ada wakilnya,
Memori kita jangan dilupakan.
Insha Allah kekal hingga ke akhirnya.


^____^


No comments: