Wednesday, July 10, 2013

Minggu pertama menjalani praktikal

Bismillahirohmanirohim…



Hai hari ni dah genap seminggu aku jalani praktikal dekat Galeri Seni Johor. Macam biasa la cerita dah basi baru nak update. Semua ni gara-gara tak ada internet dekat sini. Wifi dekat galeri pun dah macam style wifi dekat UM jugak. Macam siput babi lembabnya. Plan macam nak kena beli satu jugak lepas ni. Baru seminggu praktikal dah terasa penat gila. Nak dikata bukannya ada kerja sangat pun dekat galeri tu tapi penatnya mengalahkan orang kerja kontrak. Tapi yang tak boleh bla tuh pepagi nak bangun pergi kerja masha Allah liat kemain. Pepagi masuk kerja jek gerenti mata tu kuyu jek. Mengantuk masalah!


First day praktikal

Aku satu tempat praktikal dengan Diba. Kita orang kena lapor diri dekat pejabat pentadbiran Yayasan Warisan Johor. Pepagi first day tu gila awal kita orang sampai. Yelah sampai awal takut tak jumpa tempat. Lepas tu ada jugak lagi tiga orang budak yang sama-sama nak lapor diri jugak macam kita orang. Dua orang dari IKBN lagi seorang dari UKM. Lepas tu jek barulah kita orang dihantar ke Galeri Seni Johor.

Sampai jek galeri, kita orang dikenalkan dengan kurator galeri tu sendiri, Pn. Nor Alisa. Kecil comel jek orangnya. Boleh jadi kemusykilan jugak macam mana dia boleh jadi kurator. Kata orang ‘kecil kecil cili padi’. Rupa-rupanya dia tu ada Degree dalam Fine Arts & Seni Reka. Lebih kurang macam tu la. Lepas tu dia explain la dekat kita orang pasal galeri tu n kerja-kerja yang ada dekat galeri ni. Lepas tu barulah kita orang dibawa ke ofis dan dikenalkan dengan staf kat situ. Masa tu yang ada dekat ofis Cuma Kak Eli jek. Lepas tu barulah Kak Fauza masuk. Staf lain ada Encik Is, Kak Limah, Kak Nurul, Yan dengan Zain.


Kerja first day

Memandangkan hari Khamis 04 Julai nanti ada majlis Perasmian Pameran Simfoni Warna 2013, jadi kena la buat segala persediaan untuk majlis tu. Kita orang diarahkan untuk menyediakan dan siapkan segala kad jemputan yang telah disediakan. Tampal sticker nama, masukkan kad dalam sampul, tampal nama dekat sampul dan sebagainya.




Lepas tu kita orang diajar untuk buat frame atau border bagi lukisan yang akan dipamerakan semasa pameran nanti. Border tu buat guna cardboard. Ukur sana ukur sini lepastu potong. Mula-mula tu blur la jugak sebab arahan pun gitu-gitu jek tapi last-last bantai jek buat janji tak salah. So far macam betul jek apa yang aku buat tu. Yelah, arahan pun gitu-gitu jek. Memang la kita orang pernah buat benda alah macam tu, kan. Blerghhh…dah siap kerja tu, kena pulak tampal lukisan dekat border tu mengikut saiz yang telah dibuat.



 
Hari kedua n ketiga praktikal

Hari kedua kerja kita orang cuma masukkan lukisan yang dah siap dipasang border tu ke dalam bingkai kaca yang sepatutnya n lepastu terus gantung semula frame tu. Tapi bukan kita orang la yang gantung sebab berat hoi frame tu. Aku serius fobia tahap gaban time nak buka frame kaca tu. Sebab teringat masa aku buat projek 2D kaca dulu yang sampai pecah aku punya kaca. Memang fobia gelabah habis la. Memang hati-hati sungguh buat benda tu. Takut hoi barang orang tu. Petang lepas rehat tu melepak jek tak buat apa. Sebab tak ada kerja.




Hari ketiga kita orang kena tampal caption pada lukisan yang dah digantungkan tu. Tampal ikut ukuran yang telah ditetapkan. 2 inci dari tepi frame dan 54 inci tinggi. Memandangkan esoknya ada majlis, so kita orang tolong-tolong la set up benda-benda yang patut. Tu pun sikit-sikit jek. Itu jek kerja untuk hari ketiga. Seronok tak? Seronok apa nya. Bosan jugak la. Tak bagus jugak kot macam tu. Hee~~




Hari keempat praktikal

Hari ke-4 ada program. Perasmian Pameran Simfoni Warna 2013. Kerjasama dengan Page One Academy.  Datang awal pagi tolong ready apa yang patut sikit angkat n susun kerusi segala bagai. Lepas tu dapat breakfast soto sekali dengan kuih muih. Hari tu kita orang kena jadi penyambut tetamu sepanjang majlis berlangsung. Tapi tak ada la sambut apa sangat pun sebenarnya. Buat-buat tayang muka jek dekat depan pintu tu. Lepas tu kita orang kena bagi pamplete pasal next pertandingan yang akan diadakan tu pada cikgu-cikgu sekolah.



Sebenarnya Pameran Simfoni Warna 2013 ini mempamerkan segala lukisan yang telah menang dalam pertandingan SImfoni Warna yang dibuat sebelum ni. Pertandingan ni melibatkan semua pelajar sekolah menengah (rendah & atas) dalam negeri Johor. So, masa majlis perasmian tu cuma sekolah yang menang jek akan datang. Ada juga penyampaian hadiah untuk pelajar yang menang. Dan aku ditugaskan untuk tolong beri hadiah time penyampaian hadiah tu. Kalau ikut standart varsity tu kita panggil usherer hadiah, tak pun gadis dulang. Bedekah la gadis dulang bagai. Blerghhh…

Macam biasa, lepas waktu lunch memang duduk melepak tak ada kerja apa.


Hari kelima praktikal

Bak kata staf kat situ, memang tiap hari Jumaat ada tadarus al-Quran. Semua staf Yayasan Warisan Johor akan berkumpul. Tapi hari tu special sikit. Ada majlis Perujian Seni Tarannum Al-Quran dengan Berzanji dan Majlis Ruahan sebab dah nak dekat sambut Ramadhan. Pertandingan tarannum ni terbuka kepada orang luar. Apa yang aku ingat pemenangnya ialah Cik Afifah Azizah binti Abd Aziz. Banyak jugak dia bawa balik hadiah kategori lain. Biasanya tadarus hari jumaat tu memang buat dekat Dewan Muzium Tokoh. So, kena pergi sana la. Dekat jek. Yang best tu dapat jugak masuk banyak muzium.



Macam biasa jugak lagi lepas waktu lunch n solat jumaat tu memang melepak jek. Plus lagi hari jumaat memang galeri tak dibuka untuk orang ramai. Staff datang kerja tapi galeri memang tak buka.

Dalam masa seminggu praktikal ni boleh kata kerja yang ada bergantung kepada program/majlis yang akan berlangsung. Kalau tak, memang lebih kepada lepak melepak sampai bengkak jangan sampai kena sepak. Ngeh3…

So, sekarang baru jek seminggu. Tinggal lagi dua bulan tiga minggu nak habiskan praktikal. Cepatlah!!! Tak larat dah nak hadap benda-benda ni semua. Nak konvo!!! Dengar kata 30 september dah start konvo tapi kita orang baru jek nak habis praktikal hoi. So sad. Sobsss…






*kadar kekerapan meng-update praktikal report lepas-lepas ni adalah bergantung kepada line internet yang diperoleh. Sekian.



No comments: