Bismillahirrohmanirrohim…
Sekarang ni baru seminggu puasa dan dah masuk minggu ketiga
aku praktikal kat Galeri Seni Johor. Tengok kawan-kawan lain ada yang hari-hari
praktikal mereka sangat busy, penuh dengan kerja. Orang kata betul-betul
memanfaatkan waktu budak praktikal. Betul-betul timba pengalaman kerja. Ada
yang perlu turun sama latihan bawah matahari semata nak dapat elaun. Kalau yang
tu terasa melampau sikit. ada juga yang lepak-lepak saja kurang kerja kurang
pengalaman. Bergantung pada tempat dan pengurusan sesebuah organisasi itu juga.
Rezeki masing-masing orang kata. Kalau macam aku pun memang lepak juga. Busy
pun bila ada program.
Tadarus al-Quran wa Ramadhan
Pagi Isnin hari tu ada tadarus al-Quran sempena bulan ramadhan
ni. Giliran galeri. Setiap bahagian ada jadual tadarus tersendiri. Nak
dijadikan cerita bila turn aku baca al-Quran tu tetiba sampai pulak ustazah
yang memang pantau program tu. Ustazah tapi gaya tak berapa ala-ala ustazah.
Gila tak cuak la baca depan dia. Takut kena attack salah baca main langgar
baris atas bawah, kan. Tapi nasib baik masih selamat. Tapi cerita yang paling
cuak bila lepas habis tadarus boleh aku dipanggil ustazah tu. ‘Saya nak
masukkan awak dalam khatam al-Quran nanti’. Haaa…cuak tak cuak la. Ingat baca
biasa-biasa jek. Tapi pesen ustazah ni memang baca ikut tarannum or lagu. Peh
peh memang la aku reti sangat. Tapi taka pa nanti dia ajar. Kot ye pun diajar
aku susah nak baca gaya-gaya qariah tu weh. Ni sampai sekarang tak call tak jumpa
ustazah ambil cd record suara yang dia dah rakam. Cuak punya pasal. Ya Allah,
Kau permudahkanlah segala urusanku. Amin…
Aplikasi apa yang kita belajar dekat universiti
Lepas habis tadarus terus balik ofis. Hari tu baru aku dapat
thumbprint (biasa pakai punch card). Kerja haritu aku n diba kena semak kertas
kerja Pertandingan Seni Khat Terbuka Johor Tahun 2013. Galeri nak organize
pertandingan lagi. Yang kurang bernasib baiknya event tu nak buat bulan sebelas
nanti. Time tu aku pun dah habis praktikal so tak dapat join la. Aku n Diba
kena semak dan bandingkan hadiah-hadiah yang ada dalam KKD dengan pertandingan
yang dah pernah dibuat sebelum-sebelum ni.
Lepas tu pulak kita orang kena perah otak nak kena fikir
pasal tema pertandingan. Ah sudah. Memang la aku pandai bab-bab memerah otak
ni. Lastly dapat idea nak buat sajak nurkilan Usman Awang. Baru dicadangkan kat
bos terus di-reject. Kita orang tak habis explain lagi tu. Sentap tetiba. Lepas
tu gigih la cari macam2 lagi untuk tema.
Lastly hari selasa pagi masuk ofis tanya lagi pasal sajak
Usman Awang tu. Lepas tu baru diterima. Eiii tak faham betul. Hahaha…kelakar
la. So, dah stick to that tema. Tapi kena masuk meeting dulu untuk
confirmation. Peh peh dah macam hebat kan buat KKD. Kahkahkah…
Hari Rabu
Pagi rabu tu lepas datang galeri terus lepak kat bawah kejap
macam biasa belek-belek surat khabar. Dapat call dari Encik Is baru la
terhegeh-hegeh naik ofis. Hahaha…kalau dah kena panggil tu maknanya memang ada
kerja baru yang menanti. Kita orang kena buka facebook Persatuan Seni Khat
Johor then ambil gambar dekat dalam album semua tu lepas tu susun semua gambar
tu mengikut event. Simple jek.
Hari rabu merupakan hari berita buruk sedunia. So sad.
Sobsss…firstly, pagi tu aku dapat tahu yang markah exam paper pameran sangat
tak memuaskan or boleh kata teruk sangat. Itu bak kata kawan2 lain la.
Disebabkan rasa down gila-gila, aku tak nak check markah aku. Most of kawan2
aku bengang juga la dengan lecturer paper tu. Pungpangpungpang dalam facebook
tak sudah sudah.
Lepas tu kena pulak sambung kerja key in maklumat lukisan
hari tu tapi untuk tahun 2011-2012 sampai siap. Kena belek satu satu lukisan
yang besar tu untuk segala detail yang diperlukan.
Tengah hari tu pulak dapat memo dari pentadbiran yang
mengatakan aku n diba kena transfer ke bahagian pentadbiran di bawah unit ICT
hari tu jugak. Warghhh…what a spoil day. Blerghhh…tapi atas sebab banyak kerja
galeri tak siap lagi, diminta tunda sampai Isnin. Sedih wooo…dah baik-baik
dengan staf galeri lepas tu nak kena pindah pulak. Kena bantu kerja-kerja
sempena sambutan ulangtahun 25 yayasan katanya. Entahlah…dengar kata semua
budak praktikal kena transfer. Macam bosan jek. Ya Rabb, Kau permudahkanlah
segala urusanku. Aminnn…
Sepanjang hari tu dekat ofis memang tak ada mood gila.
Serius!
Hari Khamis
Masuk ofis jek terus encik Is minta tolong taipkan laporan
kewangan Persatuan Seni Khat Johor. main bantai jek buat. Maklumlah aku tak
belajar akaun dulu, aku belajar ekonomi jek. So tak berapa tahu bab nak buat
kredit debit tu. Cuma mampu bantu taip semula jek. Heee~~
Lepas setel semua tu macam biasa tak ada kerja dah. Melayan
facebook jek la sampai waktu balik. Lepas tu la baru sempat nak check result
final exam. Peh encik Is kata bagus jugak kita orang punya markah. Bagus tu memang
la bagus tapi semput nak kejar pointer dekan tak dapat dapat sampai grad. But
at least aku bersyukur dapat keputusan macam tu. Cuma tak puas hati dengan gred
paper pameran. Tu jek. Nanti nak buat semakan semula. Geram gila. Hasil tak
setimpal dengan usaha kita orang!!!
Last day dekat galeri
Pagi Jumaat macam biasa la pepagi ada tadarus dekat Rumah
Limas. Lepas tu kena pergi Muzium Tokoh Johor untuk bungkus segala lukisan yang
dah tamat tempoh pamerannya. Tak ingat pameran untuk apa. Tapi ala-ala pameran
antarabangsa juga la sebab ada yang dari jepun. Peh peh penat jugak. Lepas siap
kerja terus balik galeri n melepak la sampai waktu balik pukul lima.
Thanks to encik Is sebab bantu kita orang hari tu. Motif
asyik mention nama encik Is jek dekat sini kan. Dah memang dia jek yang tolong
kita orang, nak buat macam mana. Nak say thanks dekat siapa lagi kan. Oh lupa.
Nak thanks jugak dekat Kak Limah sebab jadi kawan kita orang selama tiga minggu
kita orang kat sana. Lepas ni mesti rindu Kak Limah, Encik Is, Kak Eli, Kak
Pau, mesti rindu nak buli Yan dengan encik Is hahaha…budak praktikal buli
bos…kikikikiki…. Hari Isnin nanti kita dah tak jumpa lagi. Kalau ada apa-apa
event yayasan nanti mungkin dapat la jumpa dia orang semua. Tata kalian! Terima
kasih untuk semua.
Next week kena adapt dengan new environment pulak. Semoga semuanya baik-baik saja. Daa~~
1 comment:
hai.. salam kenal,
follower no.163
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
http://honeyoyeke.blogspot.com/
Post a Comment