Bismillahirrohmanirrohim…
Ini cerita pasal minggu keempat aku praktikal. Again cerita basi.
Kena transfer ke Unit ICT
Macam yang aku mention dekat previous entry, minggu ni aku
dah kena tukar dekat bahagian pentadbiran Yayasan Warisan Johor. Tuan pengarah
yang suruh tukar. Sobsss…maka berakhirlah kisah praktikal aku di Galeri Seni
dan bermulalah kisah baru dunia praktikal di bawah unit ICT dekat bahagian
pentadbiran.
Unit ICT??? Pelik? Bukan aku seorang jek yang pelik.
Rata-rata staf yang tanya kita orang pun pelik. Apa belajar pengajian Melayu
praktikal ICT. Terasa macam dari FSKTM pulak. Belasah jek la. Janji buku report
penuh.
Kerja di bawah Abang Enal
First day kena transfer bawah unit ICT dah ada kerja. Dekat
unit ni banyak kerja sikit tapi tak apalah. Pada aku tak kisah buat kerja yang
tak selari dengan course pun. Kata nak timba pengalaman, kan. At least dalam
belajar banyak benda baru. Dekat bawah unit ni kita orang diketuai oleh Abang
Enal. Staf –staf kat yayasan ni semuanya dah biasa panggil akak abang jek. Tak
payah formal sangat dia orang kata.
First day kerja abang enal explain kat kita orang pasal apa sebenarnya yang kita orang kena
buat dekat bawah unit ICT ni. Sebenarnya kita orang kena siapkan n update
website yayasan yang baru tu. Abang enal kata website yang lama dah kena hack.
Jadah la orang gila tak memasal nak hack website yayasan. Tak ada motif
langsung. So, aku n diba yang ada basic computer yang ala-ala ni pun
ternganga-nganga nak update n isi apa yang patut dalam website tu. Tapi abang
enal ajar la apa yang patut.
So far abang enal ni menjadi ketua yang baik n sangat
happening. Mana tak nya, asyik gelak jek. Sebelum ni pun sebenarnya abang enal
ni seorang2 jek handle bahagian website ni plus dengan jaga bahagian asset.
Gila tak stress kerja melambak tapi sempoi gila gidup asyik gelak jek macam tak
stress langsung. Respect gila weh.
Back to the story. Dari first day sampai la jumaat kita
orang kena key ini segala maklumat pasal buku terbitan yayasan ke dalam
website. Konon-konon untuk memudahkan orang awam akses buku-buku tu n
kalau-kalau ada yang nak beli. Seminggu baru buat buku terbitan yayasan jek belum
lagi buku-buku yang lain. Dalam seminggu jek rasa dah macam boleh hafal siapa
pengarang, editor buku-buku tu. Sambil-sambil key ini buku tu boleh jugak
belek-belek buku apa yang patut. Nak lebih kenal Johor kononnya. Maklumlah aku
ni buta sejarah. blerghhh…
Cerita Batu Putih
Haritu dapat baca buku pasal isu Batu Putih tu. Rasa macam
seronok pulak. At least aku tahu cerita sebenarnya. Sebab dulu pun dengar isu
tu kat tv sikit-sikit jek.
Program Bubur Lambuk Yayasan Warisan Johor
Hari jumaat 26 Julai haritu yayasan ada buat masak-masak
bubur lambuk. Program tu berlarutan seminggu sampai khamis next week. Lebih
banyak cerita pahit dari cerita manis masa aku n diba join sekali program ni.
So sad you know. Sobsss… kalau ikutkan rasa sakit hati ni, rasa macam nak
luahkan jek semua dekat dalam entry ni. Tapi….hmmm biarlah tersimpan jauh dalam
hati. Tapi bila Nampak luka di jari, rasa sakit hati tu membuak-buak. Kuang
hajo bak hang…
Nak dipendekkan cerita, aku n diba kena la follow abang enal
sebagai ahli rumah biru yang bertugas pada hari jumaat tu untuk program bubur
lambuk tu. So dari pagi sampai petang la kita orang terpacak dekat Rumah Limas
yayasan tu. Macam-macma kerja aku n diba buat. Potong-potong bawang, carrot,
basuh-basuh, tolong susun-susun bekas lepastu tutup bekas bubur tu lepastu last
sekali tolong la basuh periuk belangga yang besar gedabak tu. Sebab kita orang
di bawah unit kebersihan. Sepanjang haritu jek aku dah boleh paham budaya kerja
orang yayasan yang…yang… yang yang yok la her her her…
Haritu jek yayasan buat lima periuk besar bubur lambuk n
diagihkan dekat surau n masjid berdekatan kalau tak silap. Semoga perkara
yayasan diperoleh pahala yang setimpal tetapi dalam bab2 yang buat hati aku
sakit tu juga diberikan ganjaran yang setimpal.
p/s: Kepala nakal kata yang orang yayasan ni sakit mata kot
sebab Rozita che wan n Tiz zakiah ada dekat yayasan. Muahahahaha…nasib badan la
woiiii
No comments:
Post a Comment