Assalamualaikum...
Kesibukan diri menyebabkan saya agak tak berkesempatan nak update current aktiviti. Jadi, untuk entry kali ni just nak share sikit gambar masa saya dan kawan pergi ke Kg. Morten kat Melaka untuk tujuan fieldwork kami bagi subjek Seni Bina dan Ragam Hias Melayu.
By the way, saya ceritakan sedikit apa yang berlaku. Sikit jek. I'm sorry... (bajet macam ada orang baca blog aku sangat ==' )
Firstly, saya tak pasal2 kena handle pasal bas untuk ke sana. Dari isi borang online sampailah ke buat bayaran dekat Bendahari UM tuh. Fuhhh....pengalaman sangat. Thanks to tutor sebab bagi chance yang tak seberapa tapi saya belajar benda baru juga. Walaupun sikit.
Kami bertolak dari UM dalam pukul 8.00 pagi lepas semua berkumpul kat bustop. Lepastu sampai2 sana dalam lebih kurang 10 lebih kot. Kot la...dah lupa plak. I'm sorry again... Sampai2 sana jek terus ronda2 cari rumah untuk dikaji. Hokeyyyy...nak cerita sikit. Sebenarnya fieldwork ke Kg. Morten ni kami kena cari satu rumah Melayu tradisi dan kaji rumah tu dari sejarah rumah tu didirikan, bahan2 rumah yang digunakan, motif2 Melayu yang ada kat rumah tu dan semua yang berkaitan dengan seni bina rumah tu. Senang cakap, semua dari atas tanah sampai la ke atas bumbung rumah tu kami kena kaji. Lepastu siapkan laporan untuk 20% markah.
Kat Kg. Morten tu sebenarnya memang kesemua rumah kat situ adalah rumah melayu tradisi. Memang cantik sangat. Siap kerajaan bagi dana untuk baiki rumah tu untuk tujuan pelancongan.
Fine...kata nak share gambar jek plus cerita sikit, tapi dah terbanyak bebel pulak. Gasak kau...
Jom layan...
Bergambar kat pintu gerbang Kg. Morten
Antara rumah melayu tradisional yang ada di Kg. Morten
Pak cik Yusof dengan Mak cik Hajar
** pakcik pesan, kahwin la dengan orang Melaka,
nanti boleh selalu datang sini...hahahha...sentap weyhhh
sesi temu ramah makcik Hajar
Tetiba kagum. Mereka lalu kat depan rumah tu...wowww
terasa macam ada kat zaman dulu-dulu pulak...hehehe~~
Makcik Hajar panggil ni kura-kura. Sebab jalan lembap sesangat.
Orang yang jalan kaki kat bawah tu lagi laju kot.hahah...
Lepas dah habis menyembang dekat rumah pakcik tu, kami dipelawa untuk petik buah pelam kat depan rumah tu. wweee~~ main jolok-jolok la kat depan rumah tu.
tak gentalman langsung suruh makcik tu yang jolok buah tu...
Bila kerja dah siap, tibalah masa untuk berjimba-jimba. Pergilah kami kat shopping mall kat situ. Tak best langsung. Dah macam kat bustand BP jek. Kosong. Hampeh...Lepastu pergi jenjalan merayap ntah ke mana. Katanya nak ke tempat yang best2 sikit boleh tangkap gambar tapi macam jauh pulak plus cuaca sangat terik masa tu. Jadi, kami sempat ke masjid Kg. Hulu jek. Masjid la tuhhh...
Hari pun dah petang. Plan nak gerak balik dalam pukul 3 macam tu tapi ada yang tak setel lagi. So, sambil2 tunggu makan dari en. Faizal (tutor) sebab dia yang handle, kami lepak2 kat tepi sungai (Melaka river cruise) tu dulu dok tengok orang lalu-lalang naik cruise tu. Plan memang teringin nak naik tapi macam tak best jek.hahahha...jahat mulut :P
Lagi gambar kat SINI
Done! Selamat membaca entry basi. muahahaha....
No comments:
Post a Comment