Penat untuk hari ni sangat terasa. Tapi masih gagahkan diri menghadap facebook. Semata-mata. Hahaha...petang tadi lepas zohor, si common room girl plus Diba jenjalan pergi Mid Valley. Shopping stok makanan untuk bilik.
Macam biasa, pergi mid naik teksi jek. Senang. Sampai sana terus terjah MPH dulu. Sebab Nad dengan Diya tak habis lagi voucher rm200 tu. Pantang jejak MPH, berkampung kat situ lama kot. Dekat 2 jam lebih jugak. Selongkar semua buku yang ada. Lastly, saya cuma beli sebatang pen dengan kertas minyak untuk bekalan fieldwork ke Melaka ahad nanti.
Tetiba nampak benda2 comel dekat area stationary tu. Terus tangkap gambar bebanyak.
me...sayang benda2 yang comel
Next station, jenjalan pusing2 lepas tu masuk kedai yang ada jual barang2 comel jugak. Lepas tu nampak big heart warna pink. Saya suka ♥ . Terus tangkap gambar. ngee~~
my big heart belongs to you...
**tapi tak tahu YOU tu siapa...bhahaha
Dah puas pusing barulah menuju ke tujuan asal nak ke mid. Masuk carrefour. Setiap pelusuk rak kat situ kteorang terjah. Dari depan sampai ke belakang. Siap sorong troli yang besar kemain tu. Macam2 dibeli untuk stok kat bilik.
Disebabkan diri ini tengah kayap. Jatuh miskin sebentar, jadi kenalah berjimat cermat untuk bekalan masa hadapan. cewahhh...So, saya beli benda yang PERLU sahaja. Beli deoderant, air soya dengan instant bubur. Rasa2 dah cukup penat baru pergi beratur kat kaunter. Bayar.
Alkisah nak cerita sikit pasal cik bubur dengan air soya. Semua ni disebabkan perut saya sejak akhir2 ni sangat bermasalah. Asyik meragam tak tentu pasal. Tapi degil tak nak pergi check doktor. Rasa2 nya effect makan nasi dengan ayam masak cili api hari tu kot. Tapi tak tahu la kenapa makanan tu bagi effect sampai macam tu sekali. Kot2 saya tak boleh makan nasi kot. bhahaha...orang putih sangat, tak makan nasi. Memang ber 'diet' la saya ni...ngee~~
Tetiba terngadu kat someone yang tetiba care pasal aku. Thanks kawan. Lepas tu dia suggest makan roti bakar dengan air soya. Dia tak bagi saya makan benda lain. Masalahnya tang mana nak cari roti bakar tu. Kat cafe bukannya ada jual. Huhu...so, semalam try beli instant bubur kat kedai. Bancuh dengan air panas, tak jadi. Kesian. Tu yang try beli instant bubur yang lain tadi. Lepas tu dia cakap susu adalah dilarang. Dia suruh minum air soya jek. So, hari ni dan semalam saya berbekalkan air soya jek. Dah dia pesan suruh minum air soya kan, saya pun beli la. ngee~~ Dia pesan jaga makan jaga perut. Masalahnya bukan saya tak jaga. Tapi saya memang jenis yang macam ni. Tak berapa nak makan sangat. Kot la...huhuhu...pape jek la. by the way, thanks for your concern, kawan. Saya hargainya.
sekotak bubur nasi (dalam ada 3 paket) + my favourite air soya
**Cuma cakap: sedang dalam proses baca buku Aku Terima Nikahnya
No comments:
Post a Comment