Monday, April 16, 2012

Lawatan ke Yayasan Restu

Assalamualaikum...


Sebenarnya dah agak lama cerita ni tergendala dekat dalam draft. Tak berkesempatan nak menulis. Sibuk sikit kebelakangan ni.


Nak dijadikan cerita, 14 April hari tu saya dan kawan-kawan pergi melawat Yayasan Restu (YR). YR ni dekat Shah Alam jek. Kami pergi dengan 3 buah kereta dan ada yang naik public transport. Siap sesat-sesat lagi sebab tersalah ikut kereta. Ingatkan kereta pensyarah, harap warna jek sama tapi no plat lain. Dah menjajau cari jalan. Nasib baik jumpa. hahaha...


Lawatan kami tu sekali dengan pelajar-pelajar dari UIA. Planning awal, kami nak ke YR dalam pukul 10 pagi. Tapi disebabkan budak UIA pun ada sekali dan mereka pun plan nak sampai awal dalam 8.30 pagi, kami terpaksa gerak awal pagi. 7.30 pagi dah gerak. Lepas tu, dah la saya dengan kawan tersesat plus sampai lambat, sampai-sampai sana budak UIA tak sampai lagi rupanya. Mana tak hangin weyhhh...


Tujuan kami melawat ke sana untuk tengok-tengok motif-motif Melayu yang digunakan dalam penulisan khat sebenarnya. Tapi sebenarnya kami bukanlah ambil subjek seni khat, cuma nak mengetahui jenis-jenis motif atau hiasan yang digunakan jek. Dekat dalam YR tu tak boleh ambil gambar sebenarnya. Jadi, tak dapatlah saya nak tunjukkan karya-karya yang cantik-cantik dari YR tu sendiri. Memang kagum yang teramat sangat.



Disebabkan gambar karya tak boleh ambil, memang kamera penuh dengan gambar kami jek la. Selamat membaca awak ^^




Penerangan dari petugas Yayasan Restu. Semua tu budak UIA jek.

**UIA??? dengar nama UIA jek tetiba memang rasa geram plus hangin yang teramat...
(maaflah. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga)




Baju ni menampakkan saya gemok :'(




dengan kawan2 sejabatan




bersama pensyarah, Dr. Norazlin dengan tutor, En Zahamri


No comments: