Assalamualaikum...
Detik 12.01 pagi bakal menandakan kita akan berganjak ke tahun 2012. Alhamdulillah...
Sama seperti Awal Muharaam, tahun baru Masihi ni aku sambut sekadar diperantauan.
2011. Tahun yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Erti kasih keluarga. Erti dalam bersahabat. Erti dalam perhubungan cinta. Erti dalam segala hal tentang diri sendiri.
Sebagai seorang pelajar, banyak perkara yang aku pelajari sepanjang 2011. Belajar bukan sekadar menelan segala isi nota kuliah yang disuap sepanjang kuliah-tutorial. Tetapi belajar mengurus dan mengendalikan sesuatu perkara yang mungkin berguna untuk dipraktikkan dalam dunia sebenar. Mengeluh. Benar itu tidak digalakkan. Tapi apakan daya. Aku tahu segala isi kehidupan kini amat memerlukan kesabaran yang terlalu tinggi. Mengeluh bukan tanda kesal tetapi cuba untuk redha menghadapi segala cabaran-dugaan yang diberi oleh-Nya.
" Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." - Surah Al-Mukmin, ayat 64
Pelajar seharusnya belajar. Ya. Itulah yang sepatutnya aku lakukan. Menggarap harapan keluarga yang nun jauh di sana. Tanpa mereka tiada wujudnya aku kini. Tanpa mereka juga tiadalah aku yang diharapkan untuk menggalas tanggungjawab terhadap keluarga. Akulah kakak akulah abang kepada adik-adikku. Tapi kadang kala aku hanya sebagai kakak tatkala adik lelaki ku sebagai abang yang sentiasa tegur apa yang patut dan tidak patut aku lakukan. Terima kasih.
Buat abah-emak-adik2...insyaAllah Tuhan akan berikan kita yang terbaik untuk masa akan datang...
2011 datangkan kepada ku cerita-cerita yang tak elok didengar dek telinga ini. Ada insan yang dikira saudara dengan sikap berani matinya membuatkan air mata emak-abah menitis. Aku di mana??? Jauh...mungkin masih bersenang lenang. Beraninya kau wahai saudara/i yang aku anggap keluarga sebelum ini. Terima kasih. Akan ku pastikan tak ada lagi air mata yang akan tumpah dek kerana hinaan-cacian kalian kerana Tuhan itu Maha Mengetahui apa yang benar. Dan aku tahu kau bukan dipihak yang benar.
2011 mewarnakan hari ku dengan senyuman-gelak-tawa sekalian rakan. Aku tumpang gembira tatkala mereka gembira. Itulah aku. Hanya mampu menumpang barangkali. Tapi panas tak sampai ke petang kerana hujan di tengahari telah menyedarkan aku apa sebenarnya erti sahabat-kawan-teman. Tak semuanya semanis kurma. Ada yang jadi teman tika duka. Ada yang jadi teman hanya aku tertawa. Ada yang tikam dari belakang. Ada yang hanya mempergunakan aku (untuk kepentingan sendiri). Macam2 ragam. Tapi apa yang aku harapkan semuanya sentiasa diredhai oleh-Nya. Kerana tanpa mereka tidaklah aku belajar dari hari-hari ku. Terima kasih.
2011 tak boleh lepaskan aku dengan kisah yang satu ni. Kasih-sayang-cinta. Kenapa seperti ada rantaian??? Sebab dari kasih pasti timbul rasa sayang yang akhirnya mungkin ada rasa cinta. Terima kasih kepada yang cuba hadir dalam hidup aku. Walaupun perit untuk ditanggung. Sendiri. Tapi segalanya telah diatur oleh-Nya. Itu pasti. Jodoh. Itu kerja yang di atas. Aku faham dan redha atas segala yang berlaku. Walapun kadang kala aku seakan termenung-bersedih memikirkan apa yang bakal terjadi esok hari. Tapi sesungguhnya aku meredhai segalanya Ya Allah...insyaAllah
Dedikasi khas: Buat awak (saya tahu awak baca blog ni). Maafkan saya. Saya tahu-faham yang kita dah putus. Sejujurnya saya masih sayangkan awak. Dan saya tahu awak pun masih sayangkan saya. Tapi awak tak boleh nak sayangkan saya seorang saja. Sebab tu saya perlu undur diri. Saya dah tak mampu berkawan dengan awak. Sebab setiap hari saya berkawan dengan awak, setiap hari tu juga saya semakin sayangkan awak. Maafkan saya. Jangan risau. Saya tak akan membenci. Cuma perlukan waktu untuk kembali tenang. Sendiri. Saya akan sentiasa doakan kebahagian awak dengan sesiapa saja.
Buat diri sendiri...2011 sudah hampir labuhkan tirai. Muncul pula 2012. Yang pertama dan utama sudah pasti usia makin meningkat. Alhamdulillah kerana masih lagi aku bernasaf. Perjalanan usia sememangnya akan mematangkan kita dengan cabaran-dugaan kehidupan. Tanggungjawab pasti semakin bertambah. Mengurus diri sendiri dan keluarga. Belajar. Mengejar impian yang entah apa. Mengintai masa depan. Blogger tegar. Mencari kasih-sayang-cinta. Mencari Mr. Right. Selongkar identiti diri. Yang penting...jadilah diri sendiri.
" Just be yourself. There is something that you can do better than any other. Listen to the inward voice and bravely obey that."
Tahun baru bukan tidak ku pasangkan azam tetapi apa yang penting adalah seeloknya aku belajar dan terus belajar dari setiap detik waktu dan masa tentang setiap inci kehidupan supaya aku mampu terus berdiri teguh walaupun ditakdirkan berdirinya aku sendiri. Akan aku cuba perbaiki apa yang silap. Tambahkan apa yang sedia ada. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini.
Apa yang baik-indah-bermakna akan ku simpan. Apa yang sebaliknya akan ku simpan juga untuk panduan masa akan datang. Semoga 2012 datang bawakan aku seribu kenangan terindah. Amin...
Selamat mengahrungi tahun 2012...
Doakan yang terbaik untuk aku
No comments:
Post a Comment