Wednesday, April 10, 2013

Alhamdulillah...Prestasi Cemerlang

Assalamualaikum...


Program: Majlis Penyampaian Sijil Senarai Dekan dan Sijil Prestasi Cemerlang
Tempat: Dewan Semarak, APM, UM
Tarikh: 03 April 2013


Tak disangka-sangka aku turut tersenarai untuk attend majlis penyampaian sijil itu. Aku bukan dalam senarai dekan. Tapi aku berada dalam senarai yang memperoleh Sijil Prestasi Cemerlang. Sebenarnya pada awalnya aku malu untuk hadir ke majlis itu kerana sememangnya aku tidak layak. Tapi Alhamdulillah semester lepas aku berjaya meningkatkan pointer PNG. Kisahnya bermula apabila aku baru mula sedar nak study awal untuk final exam masa itu. 


Apa yang aku faham sekarang ni ialah 


APA YANG KITA CAPAI HARI INI 

ADALAH ATAS USAHA KITA PADA HARI SEMALAM


(*maaf gambar bergegar sikit)


Oleh sebab aku study awal untuk final sem lepas, maka result yang aku dapat sekarang memang setimpal dengan usaha aku masa study week itu. Sangat sangat sangat berbeza dengan semester-semester yang lepas, jujur aku cakap aku memang study last minit. Jadi, result pun ala-ala last minit la. Tapi masih pada tahap yang memuaskan juga. Cuma sem lepas aku dah mula sedar yang aku kena berusaha betul-betul sebab dah tinggal satu sem jek untuk aku struggle sebelum grad bulan 10 nanti. Insha Allah...


Apa yang aku harapkan semoga dengan adanya majlis macam ni dapat berikan kami semangat terutamanya aku untuk study lebih gigih dan manfaatkan masa study week nanti. Satu lagi nak aku kongsikan kat sini...


ILMU ITU BUKAN SEKADAR DI ATAS SEHELAI SIJIL 

KEMAHIRAN BUKAN SEKADAR MENDENGAR DI DALAM KULIAH

PENGALAMAN ITU KADANG KALA PERLU KITA BELI

SAMA ADA ILMU, KEMAHIRAN ATAU PENGALAMAN ITU PERLU KITA GALI SENDIRI 

Jom layan gambar aku dan kawan-kawan sekitar majlis di adakan.


Kami wakil dari tahun akhir Jabatan Kesenian Melayu


 Bersama antara pensyarah dan tutor jabatan yang tinggal. 
Dari kiri: Dr. Lawrence, Pn Maizira dan Pn Shafa


 Bersama mereka yang turut dihargai


Bergambar dengan Kak Yani (kerani jabatan yang sporting)


 Dengan Nad dan Aien. Mereka dalam senarai dekan :)


Dari kiri: Ekin, Fiza, Adda, Aishah
Fiza dan Aishah tersenarai dalam dean list


Inilah hasilnya. Hasil yang benar-benar study masa study week.
Thanks to my love sebab sedarkan sayang :)


Semoga anda juga berjaya. 


Till then, selamat baca. 

No comments: