Tuesday, April 2, 2013

G.I.Joe dengan dia [Sila muntah]

Assalamualaikum...

Ehem ehem dah lama rasanya tak update pasal kekasih hati. Kalau tak silap last update pasal kekasih time dengan mr xyz kot. Ok forget the past, please. Appreciate the present auwww... Eh semalam aku dan dia pergi ukur luas kawasan Mid Valley tu. Foine melawak. Kita orang pergi lepak dekat Mid Valley. Bahasa orang muda sekarang ni dating la gitu. Hadoiii... Lepas habis kelas Hukum Adat [sebenarnya ada test] terus cabut laju-laju jumpa dia. Sampai sana terus pergi cek tiket. Dia beria nak tengok G.I.Joe. Aku layankan jek la. Walaupun sebenarnya aku kalau tengok movie cuma cerita Melayu jek. Senang faham. Tapi cerita omputih aku layan jugak. 


Nak dijadikan cerita lepas beli tiket, sambil tunggu pukul 4 [movie start] kita pergi makan dulu. Tempat wajib. KFC atau McD jek. kahkahkah...order Mc Chicken 2 set then makan bebel sokseksoksek terus bla dari situ. Then jenjalan kejap lepas tu terus masuk wayang awal. Excited. heh nampak beno nipunya. 


 
 his treat (:

G.I.Joe. Secara keseluruhannya movie not bad jugak la. Boleh la nak layan. Aku pun layan sampai ngantuk-ngantuk [walaupun cerita tu cerita fighting] sebab dia memang spesies tengok cerita lawan-lawan ni. So, aku kena layankan jek la. Movie ni best. Its a American science fiction kalau tak silap. Tapi memang gempak n terbaik la dia punya effect lawan-lawan tu. Guna ilmu sains untuk merosakkan bumi n dalam masa yang sama gunakan sains juga untuk selamatkan bumi. Orang Barat memang terror buat cerita pesen macam ni. Itu kelebihan mereka. Dekat Malaysia masih belum ada rasanya style macam tu. Yang ala-ala pun macam cicakman tu pun so-so jek la. Siapa yang belum tengok aku suggest pergi la tengok. Memang berbaloi. Oh by the way, aku bukanlah kaki wayang tapi lately if used to it...brpppp....
[SORRY...Malas nak buat preview pasal movie]




he kept repeating said aku dah kurus. 
Tang mana yang kurus pun tak tahu la. Confius. Aku rasa aku makin berisi lagi, ada laa...


Lepas habis tengok movie pergi jenjalan cari hair saloon. Rimas kot rambut dah panjang. Cari hair saloon kat tempat macam Mid memang la harga pun gila bapak mahal. Paling murah RM48. Apa pun tak boleh. Yang RM10 ada [dalam carrefour] tapi open kot. Kalau boleh tutup sikit tak apa la jugak. Last-last penat pusing tak jumpa terus fed up. 


Disebabkan dia lapar dan aku kenyang. Sekali lagi kena pergi makan. Snack plate as usual. Tapi aku kena paksa makan. Baru kata dah kurus ni suruh makan. Memang la nak bagi aku gemuk balik. ciss...



Haa sebelum balik teman dia pergi watson. Pergi belikan dia mask. Kemain nak pakai mask bagai. Aku pun tak ada masa nak tepek kat muka tapi dia beria nak pakai. Katanya muka dah makin teruk. Suka hati you la. Ok aku pilihkan dia dua paket mask. Then aku cakap pakai sebelum tidur lagi senang. Disebabkan segala mala barang penjagaan kulit aku 80% dah habis dan disebabkan aku pokai yang teramat maka aku balik hanya dengan tangan kosong. Yesterday was his fullu treat. Thanks you bie <3 div="">


p/s: if rasa macam nak muntah baca entry ni...please do leave my site straight away. Jangan muntah kat sini.kahkahkah...


Thanks for reading (:

No comments: