Saturday, April 27, 2013

MALTIS '13 | Malam Tautan Kasih

Assalamualaikum dan hai...

Program: MALTIS '13
Tarikh: 25 April 2013
Tempat: Dewan Semarak, APM


Hai korang. Meh nak cerita sikit. Malam hari tu kami ada dinner. Dinner untuk meraikan tahun 3 yang dah akhir sem dekat akademi. Insha Allah bulan sepuluh nanti nak grad dah. Doa-doakan ye awak semua. The simplest dinner but yet its cool. Cuma yang kurang sedap dihati ni, kurang sambutan daripada my jabatan sendiri. Mungkin mereka ada komitmen yang lain. Mungkin. 


Tema dinner ialah warna blocking. So jadi warna warni la majlis tu. And its cool babe.


Sesungguhnya gambar yang cantik adalah dari kamera yang canggih, gambar yang kurang cantik adalah dari kamera yang nak expired dah. Gambar yang superb ini adalah ihsan dari kawan kawan. Jom layan gambar.





First round dah penuh satu pinggan.




 Ada juga kek batik


Second round pekena spagetti pulak












Candid ok..kerja si junior






the only jabatan seni yang hadir malam tu. Sedih. Sobsss...






Persembahan oleh Prof Amri Marzali dengan iringan petikan gitar oleh Dr. Mohd Lawrence Ross


Sambil-sambil menjamu selera tu, kami disajikan dengan macam macam persembahan dari student dan pensyarah. Ada nyanyian oleh pelajar OKU akademi, ada pelajar ijazah tinggi (Abang Hijasri), ada persembahan gesekan biola dari Dr. Ross jugak. Ada juga deklamasi puisi dari Datuk Firdaus Abdullah (as a lecturer), En Hakimi (lecturer) pun perform. Maaf tiada gambar untuk dipapar untuk setiap persembahan.


Haaa ada juga acara cabutan bertuah. Nombor aku 100. Tapi aku tak bertuah. So, tak ada gambar untuk ditayang. Sedih. Lupa pulak. Ada juga sesi penyampaian sijil dekan kepada yang dapat dekan la. Ada juga anugerah kecemerlangan ada juga anugerah untuk prince and princess. Ok aku tak menang. Sedih lagi. Oh by the way, beria aku dress up warna warni ikut tema bagai tapi still tak menang jugak kan. Bak kata junior, 'akak dah macam paddle pop dah'. Paddle pop akak ni pun tak menang jugak dek oi. Ok sedih lagi sekali. 


Selesai saja majlis terus ke acara wajib. Gambar time. Cekikcekik bunyi kamera plus flash memancar sana sini. Ok semuanya cantik dan kacak. Warna warni. I suka. 





Aku: Kau ingat kau kecik kau comel la pegang prop macam tu. Haaa...
Fiza: Bajet kau mantan pengerusi aku takut??? Tak ketaq lutut pun weh...



ini adalah kesna penggunaan kamera yang nak expired tu. Heee...



oh anda nampak pipi itu? Itulah pipi yang bagai di pam pam setiap hari. Sedih lagi. Sobsss...
But Jojo love it...auwww



Badan juga bagai di pam pam setiap masa. Danggg...
Sampaikan Jojo nak belikan aku korset (spelling tak tahu). Perghhh...zalim. Sungguh zalim.




Oh dapat bergambar dengan Dr. Ross [walaupun dapat belajar dengan beliau sekejap jek]
Dr. Ross ni kahwin dengan orang Kedah. n cakap kedah dia sangat fasih. Cakap bahasa melayu pun fasih jugak. Dr. Ross lebih suka berbahasa Melayu berbanding speaking. Kuliah beliau in english. Beliau baru saja  mengajar dekat akademi ni. Beliau ajar Seni Muzik Melayu & Pendidikan dan Pengajaran Seni.
[itu serba sedikit tentang Dr.Ross]







aku kacak berbaju paddle pop. auww...






with Nadirah roomate ku



with Aien...sangat comel



with Diba. Teman sepercakaran...aum aum...



Selesai sesi bergambar tibalah masanya untuk pulang ke sarang. Sebab hari pun sudah lewat malam. Tidak berapa elok untuk anak dara lagi lagi yang berdarah manis. Opsss...


Paddle pop dah tak laku. Jadi nak bla dulu.

Sampai sini saja saya menulis.  Jumpa lain kali.


Terima kasih kepada yang membaca. Salam sayang untuk semua. Muahhh...

No comments: