Untunglah hari-hari boleh duduk goyang kaki
Macam apek kalah judi
Umpama tak tahu nak buat apa lagi
Harapkan hari ini tak ada lagi
Untunglah tulisan cuma sekeping kertas
Pergi kuliah pun lagak malas
Tutorial datang pun macam ulas beluncas
Bermalas-malas
Endah kan pensyarah bebel dalam kelas
Untunglah tugasan ada yang buatkan
Orang yang hati baik tolong siapkan
Dalam hati baik tu kau ingat dia ikhlas. Takkan!
Ikhlas dia ada ungkitan
Baik dia ada kutukan
Meman lumrah mulut dan hati tak terpuaskan
Untunglah kuliah kau tak berjam-jam
Sempat sarapan pagi roti dengan jem
Pergi kuliah balik kuliah kosong tak ada apa lekat dalam kepala otak. Damn!
Untunglah hari-hari terperap dalam kotak bersegi
Buat hati rasa nak mati
Kalau mati pun tak sempat langkah kaki
Untunglah hari-hari dalam tempurung
Bukan kerana kau murung
Cuma kerana kau katak aku mengkarung
Tapi baju sama yang kau sarung
Kertas sama yang kau junjung
Cuma akal lain yang ditarung
Hakikatnya nilai tempurung terkurung itu yang disanjung
Bukan nilai mengkarung yang dilambung
Hidup memang tak adil langsung
Untunglah hidup kau senang lenang
Selalu lekang waktu pergi wayang
Wayang Apek jaringkan gol yang ditayang
Macam aku nak golkan kau dengan sekali tendang.
Baru kau dapat fikir hidup ini bukannya senang
Tolonglah jangan sailang
Untunglah hidup hari-hari ada orang sayang
Sebab muka macam dayang
Memang la orang kenang-kenang
Buat orang-orang terbayang
Buat orang-orang mabuk kepayang
Tapi buat aku macam bangang
Untunglah hidup kau selalu senang
Tidak perlu jenguk rasa walang.
Tidak payah injak kaki ke belakang
Tidak perlu langsung
Ah, memang senang
Untunglah...
No comments:
Post a Comment