Saturday, April 27, 2013

Jenjalan di Terengganu

Assalamualaikum dan hai...

Korang dah baca entry SAKTI '13? Kepada yang dah baca, terima kasih. Ok, entry kali ni sebenarnya rentetan daripada dua entry itu.


Selepas selesai program dekat SMK Saujana, kami teruskan perjalanan. Menumpang bermalam di rumah kawan yang juga salah seorang daripada ajk program. Terima kasih Aimi sekeluarga. Malam tu kami buat bbq n masak2 sikit. Ada makan-makan sikit la. Until late night. Untuk moment itu, maaf tiada gambar untuk dipapar. Sebab semua seronok makan tanpa fikir nak bergambar pun. Oh, by the way, malam tu was a gosip gosip day for us. Muncul la cerita anjalna dan nelopak dan kawan2 nya...kikikikiki thanks for the moment.


Oh sebelum terlupa, selepas jek keluar dari sekolah dan on the way ke rumah Aimi, kami singgah sekejap dekat Pantai Penarik. Cantik.


 Jom tengok gambar....










Perkara wajib kena buat bila dekat tepi pantai. Tulis nama atas pasir...wuwuwu



when he was my man...i want it to be forever <3




Second time for me bergambar tepi pantai. Ini serius! 


Oh lepas puas jenjalan tepi pantai, jom kita berehat sebentar menghirup coconut shake. Slurpppp...sedap wooo...








Esoknya, pagi2 bersiap untuk next plan. Jenjalan di Terengganu. Lepas breakfast terus gerak.




Pak cik bas bawa kami pergi sini.

Antara hasil tangkapan...
(kalau shopping jek mesti guna ayat 'hasil tangkapan'...dah jadi trend)


Tak tahu nama kuih ni. Rasanya sangat manis. Campuran tepung dan gula saja kalau tak silap.
Since sekarang rasanya kuih ni tak habis lagi kat rumah tu. 


Ini dodol. RM5 jek. Dodol ni pun manis. Aku seorang jek yang makan. Walaupun aku tak suka makan benda-benda manis ni.


Rendang daging. Aku sangat suka. Sebab tu beli. Nak beli banyak tapi mahal pulak. Ni cuma RM10. Kalau sekilo dah RM50.brppp...


Lepas tu, pak cik bas (Pak Cik Din) bawa kami pergi Masjid Kristal pulak. Jom layan gambar lagi.
















aku suka gambar ni. Sebab tu siap guna untuk DP facebook.


Lepas jenjalan kat masjid, pakcik Din bawa kami pergi Pasar Payang pulak. Maaf . Gambar keadaan pasar tiada untuk dipaparkan. Hanya gambar sekitar pasar. Sementara menunggu kawan yang lain berkumpul.





Aku belikan adik-adik baju t-shirt Terengganu, belikan emak kain batik n abah kain pelekat. Untuk aku, aku beli kain batik jek. Angan-angan nak pakai time grad nanti. Hee...


Oh, dalam perjalanan balik ke KL, pakcik Din juga bawa kami ke satu gerai jual keropok lekor yang sangat sedap. Pakcik Din yang belanja makan keropok lekor. Sedap. Terima kasih pakcik. Haaa aku dapat la beli sbeungkus keropok lekor untuk bawa balik kampung. 


Sepanjang perjalanan balik ke KL, aku tidur dengan amannya dalam bas tu walaupun pakcik pasang Lawak ke Der 2.Hahaha...ini semua gara-gara penat yang teramat.

 Itu saja nak aku ceritakan. Rasanya ini adalah program kedua terakhir yang aku join untuk fakulti. Lepas ni insha Allah join Kenduri Rakyat. Ok lah, sampai sini saja aku menulis. Selamat membaca. Terima kasih.



No comments: