Saturday, April 27, 2013

SAKTI '13 | Jom kita berbakti Part ||




Klik SINI untuk Part 1


Program SAKTI diteruskan lagi untuk hari Sabtu.

Starting day sama jek. Subuh berjemaah, we had our senaman pagi, joget-joget lagu tema sikit, lepas tu breakfast. Then, reramai including AJK dan student, kami angkut naik bas untuk next aktiviti. Gotong-royong bersihkan kawasan Rumah Orang-orang Tua di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di sana. Sampai jek sana terus briefing then bahagi ikut kumpulan untuk cepatkan aktiviti.




Then, lepas siap bersihkan kawasan, semua rehat-rehat sambil makan dan minum juadah yang disediakan.






Kami juga berpeluang untuk membuat keropok lekor. Orang senang kata gentel keropok lekor tu bagi jadi. Lepas tu goreng lepas tu makan. Sedap! Fresh.








 seronok Diya dengan Nad menggentel ye...



Cenderamata diberi oleh wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Setiu




Cenderamata diberi oleh Pengetua SMK Saujana


Selepas selesai semuanya, kami pulang ke sekolah untuk majlis penutup program. Alhamdulillah...Prof Mokhtar (Timbalan Pengarah Ijazah Dasar APM) telah datang untuk majlis penutup. 


Pungpangpungpang setel berucap dan majlis pun habis. Time untuk sesi bergambar pulak. 



 


Then, mulalah sesi jurai-jurai air mata. Sesi bersalaman dengan student tu semua. Kan nak balik dah. Em em...




















Habis bergambar kat dalam dewan, kita sambung kat luar pulak. Moment yang paling best bila tengok budak2 tu seronok bergambar guna background bas UM. Ada juga siap pinjam beg UM yang aku bawa then bergambar sakan buat gaya ala-ala naik bas. Bajet macam dia dapat masuk UM.

'Weh, ambil gambar aku. Aku nak buat srupo (macam) aku dapat masuk UM'... Seronok tengok gelagat mereka. Ah tetiba rindu.







 

Tata adik-adik SMK Saujana...

We will miss you...

*gambar banyak lagi kat SINI



No comments: