Sunday, April 21, 2013

SAKTI '13 | Jom kita berbakti Part I

Assalamualaikum dan hai...

Program: SAKTI '13 [Siswa Bakti]
Projek: Operasi Khidmat Masyarakat
Anjuran: Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Melayu, UM
Tarikh: 4 -7 April
Tempat: Setiu, Terengganu 
[SMK Saujana, Setiu & Rumah Orang Tua Kampung Saujana]



Aku pelajar universiti. Tahun akhir. Insha Allah. Adat di universiti biasalah kita kena cari pengalaman tambah ilmu tingkatkan kemahiran. Jadi salah satu caranya ialah JOIN PROGRAM / PROJEK. Nak dijadikan cerita mula-mula aku excited bagi nama untuk jadi AJK dan selepas lulus sesi temuduga bermulalah kesibukan diri semata nak menjayakan program. Meeting setiap minggu. Meeting malam bukan siang. Pungpangpungpang meeting at last sampailah waktu yang ditunggu-tunggu. 


Cerita sikit pasal program ini. Objektif utama, berkhidmat untuk masyarakat. Jadi sebagai mahasiswa kami telah memilih pelajar Pra-Universiti untuk memberikan pendedahan dan semangat untuk mereka terus berusaha dan berjuang untuk melangkahkan sebelah kaki lagi untuk masuk ke universiti kerana mereka sememangnya layak untuk itu. Banyak aktiviti dan slot yang menarik telah diatur rapi sesuai untuk mencapai matlamat program. Program ni berlangsung 3 (khamis-sabtu) but then lepas tu kami ronda-ronda Terengganu.

[sorry for the boring intro]


Dan haaa...masa dah time for the story telling. Ikut kronologi. Kami gerak dari KL around 8.30 pagi dan perjalanan ambil masa lebih kurang 9 jam. So, pukul 5 kami dah sampai dan alhamdulillah kami disambut oleh adik-adik kat sana. I thought they was a teacher hahahaha rupanya student, maklumlah they was perfectly in baju kurung (lagi-lagi dalam sekolah).


pengalaman baru untuk aku (:



Ini adik-adik dalam group aku. Lummer Janny Hamster [gabungan nama kereta & haiwan]



Sampai jek terus prepare untuk perasmian program. Program malam dimulakan dengan ice breaking dan aku dilantik sebagai fasilitator untuk handle satu group [pengalaman baru aku]. Aku dibantu oleh ajk lain, Solehah, Hafiz dan Wana. Oh, btw im not a good leader. Seriuously!



Dalam slot ice breaking tu saja ada macam-macam game. We got introduced ourself. We learn to knoe each other. Kita orang kena create cheers. 

Aishah, Mariana dan Jue



Izwan dan Syah. Ada lagi seorang, Ariff (yang nampak lutut jek tu)



Mereka malu pada mulanya. Tapi selepas itu dan selepas selepasnya dia orang anggap saya macam kawan n kakak. They start to learn they start to enjoy. Im touched. <3 


Jumaat. Hari kedua program. Pagi-pagi dah kena bangun untuk solat subuh berjemaah. Then, around 7.30 kena start aktiviti dah. Mula dengan senam pagi. Handle by unit pengisian. The best part is kita orang perform satu lagu tema dengan tarian. Superb! They like it. So much! Kita orang bawa lagu Gemuruh dan Waka waka...[Oh tetiba rindu nak menari]



Lepas sesi sarapan. Kami ada slot Indahnya menjadi Mahasiswa. Kami bagi pendedahan pada student-student tentang kehidupan di universiti. Kami berikan gambaran tentang universiti. then, lepas lunch ada pulak slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Banyak game jugak dalam tu. Kena bawa kertas majung yanga ada sebiji gelas berisi air lepas tu kena bawak bekas air tu guna tali then tuang air tu ke dalam botol yang ada straw sampai penuh. My group did it very well. 


Game ni simple. Mesejnya nak tengok kerjasama antara ahli group. Satu perkataan. Teamwork. Mana-mana pun kau pergi pasti akan guna teamwork itu. You trust me... Juga nak tengok how they plan. Plan to success. Bersama-sama. 


                                  


                                   



Lepas tu ada game berebut gula-gula dalam kotak atas kerusi. Kemain la semua orang berebut nak datang seorang satu gula2 tu. Padahal kononnya gula2 tu beracun, Mesejnya kenapa semua orang berebut nak dapatkan sesuatu. Kenapa tak boleh wakilkan seorang ambil gula2 tu lepas tu bagi seorang satu. Macam tu juga dalam kehidupan. Cara kita mengatur hidup. Lepas tu kena pulak suap gula2 tu kat kawan sebelah. Oh so sweet...padahal gula2 tu beracun, kan??? Itulah dalam hidup. Kadang kala kita kena pandai pilih kawan. Jangan terlalu ikut cakap kawan. Benda yang baik tak apalah ikut. Hmmm...pengajaran untuk diri aku jugak sebenarnya.



Ni time game yang berebut gula-gula tu. Nampak tak ada kerusi kat tengah2 tu. Haaaa ada banyak gula-gula dalam kotak atas kerusi tu. Jom serbu!!!!!!!!!! 



Lepas tu ada pula game kami sayang telur (tak sure nama game tu tapi ala-ala la kot). Setiap group kena create satu cheer untuk tunjukkan mereka sayang telur tu sebab lepas tu student kena bungkus telur tu guna surat khabar. Then kena baling telur tu dari jarak yang jauh. Konklusinya nak tengok sama ada telur itu pecah atau tidak. Simboliknya, sejauh mana kita baling telur tu sejauh itulah cita-cita dan impian kita dalam hidup. Itu kita perlu capai.


Telur apa? telur ayam
Telur apa? telur ayam (suara makin kuat)
Ohhhhh telur ayam.
Kami sayang telur ayam. Muahhhh....


 



 ni time nak bagi kata-kata terakhir sebelum telur itu dicampak.


Ok sesi petang pulak. Kami ada sukaneka. Macam-macam gama ada. Disebabkan aku fasi yang baik maka aku dibuli oleh ahli group untuk join sekaki. But i do enjoy the game. Ok, kita ada gigit buah guna mulut je, kita ada pancing botol sebanyak mungkin, isi air dalam botol guna span, main teka teki suku kata, kita juga ada bawa bola kepit kaki, ada main gelang getah guna straw and lastly ambil gula-gula dalam tepung. 


 Apple ku apple mu jua...hahahhaa




Time2 game macam ni la tak boleh nak cover comel dah...hehehehe






















Ok setel sesi petang.


Kita masuk ke sesi malam pulak. Malam kita ada aktiviti Game War. Mereka kena harungi setiap cabaran yang dah disediakan. First kena setel kan word search. Lepastu kena harungi laluan S (part ni memang kena siram air betul). Then kena jalan jalan sampai jumpa next check point kena makan bawang putih. Tu jek haahaha...Lepastu kena hadapai halangan spider, lepas tu kena nyanyi blablabla. Lepas tu kena lalu jalan tepung berair pulak lepas tu kena tahan buat cheer pulak. Dekat part ni memang tak boleh bla fasi yang jaga agak over...hahhaha kesian anak buah i tau uolls buat cenggitu. huhuhu....Last check point kena buat intonasi yang dah diundi pada ayat yang diberi. Ayatnya...kakak ku kata kuku kaki kiriku kaku...Kena buat intonasi yang terpilih ikut group. Contoh, marah, sedih, gembira, geram dan tak ingat lagi.














Game habis sekitar pukul 2 jugak la kot...







Yeahhhh...ini group aku :)


 Selesai untuk Jumaat. Kita sambung Sabtu pulak.

Eh, yang hari sabtu tu kita sambung next entry jek la ye...hehehe

**banyak lagi gambar kat SINI


Terima kasih singgah...
[kalau ada yang singgah la]


No comments: